Info Pelan

Betulkah Saya Boleh Mengatasi Dosa dan Cubaan?Sampel

Can I Really Overcome Sin and Temptation?

HARI 2 DARIPADA 5

Betulkah Ada Makhluk yang Digelar Iblis?


Untuk berbincang tentang dosa, kita mesti membincangkan tentang Iblis. Memang mustahil untuk mengetepikan kerjanya: hati yang remuk dan keluarga yang renggang, penderaan, penyakit, dan kelakuan tidak bermoral. Senarainya panjang berjela-jela dan tragis. 



Iblis itu nyata dan sudah dikalahkan. Ia sentiasa mahu anda untuk mempercayai bahawa dua perkara itu tidak benar, tetapi pilihan terletak di tangan anda. Saya berdoa agar renungan ini mendedahkan kebenaran Allah kepada anda.



Iblis Itu Nyata


Iblis mempunyai beberapa nama dalam Alkitab. Dua nama yang paling terkenal ialah "Iblis (Satan)" dan "syaitan (devil)." Iblis bermaksud "penuduh" dan ditemui 34 kali dalam Alkitab—ia yang menuduh dan menganiayai kita. Syaitan ditemui 36 kali dalam Perjanjian Baru dan betul-betul bermaksud "pemfitnah."



Iblis juga dikenali sebagai "ular tua," "naga," dan "si jahat." Gambaran Yesus tentang kerja Iblis dalam Yohanes 8:42-47 merupakan resume yang menakutkan.



Pertama, Iblis menuntut pemilikan setiap jiwa yang tidak diselamatkan.


Dalam Yohanes 8, Tuhan kita merujuk kepada musuh-Nya sebagai anak yang mempunyai Iblis sebagai "bapa" (ay. 44). Ia ialah "ilah zaman ini" (2 Korintus 4:4), "penguasa dunia ini" (Yohanes 12:31) yang mengawal seluruh dunia ini (1 Yohanes 5:19). Orang Kristian hidup dalam dunia yang dikuasai oleh Iblis. Kita ialah askar yang ditempatkan di tanah musuh, hidup di negara yang diduduki.



Kedua, iblis membutakan fikiran kita kepada kebenaran.


Ia ialah "pendusta dan asal segala dusta" (Yohanes 8:44). Inilah sebabnya orang yang belum menerima Roh Kudus tidak dapat memahami apa yang berasal dari Roh Allah (1 Korintus 2:14). Iblis ingin merampas benih firman daripada hati yang paling memerlukannya (cf. Matius 13:1-9).



Ketiga, Iblis berbohong tentang firman Allah.


Sejak Kejadian 3 sehingga zaman ini, ia memanipulasikan kebenaran Alkitab untuk menyesatkan kita. Ia yang memetik Alkitab semasa mencubai Yesus (Matius 4:1-11) akan menyalahgunakan firman Allah untuk menipu kita juga. Tidak semua perkara yang kita dengar itu mengajar kita kebenaran tentang Allah. Musuh kita boleh memetik Alkitab lebih baik daripada kita, tetapi sentiasanya untuk tujuan yang jahat.



Keempat, iblis ialah "pembunuh sejak permulaan" (Yohanes 8:44).


Iblis merayau-rayau seperti singa yang mengaum sambil mencari mangsa (1 Petrus 5:8). Mereka yang menyokong perjuangannya terlibat dalam serangan fizikal, emosi, dan seksual terhadap satu sama lain dan orang lain. Tuan mereka inginkan kemusnahan menyeluruh terhadap bangsa manusia terutamanya umat Allah.



Kelima, Iblis menguasai roh jahat.


Roh jahat bertindak sebagai orang suruhan dan askar berjalan kakinya dalam pertempuran berterusannya menentang Tuhan dan anak-anak-Nya.



Pada dasarnya, Iblis menentang Allah.


Dalam Yohanes 8, ia mengilhamkan pemimpin agama untuk menuntut pembunuhan Yesus. Kemudiannya, ia memimpin mereka untuk menyalibkan Tuhan kita.



Iblis bertentangan dengan Allah dalam setiap lingkungan:




  • Tuhan kita ialah terang; Iblis ialah kegelapan.

  • Allah ialah api yang menghanguskan, yang kudus; iblis berdosa, menjelekkan, berpenyakit.

  • Allah ialah Roh; Iblis ialah hawa nafsu yang tidak suci.

  • Allah mengasihi anda; Iblis membenci anda.

  • Allah memberikan anda Anak-Nya; Iblis akan mengambil jiwa anda.

  • Allah ialah Bapa anda; iblis ialah musuh anda.


Iblis itu nyata, tetapi ingatlah: ia juga telah dikalahkan.


Hari 1Hari 3

Perihal Pelan

Can I Really Overcome Sin and Temptation?

Pernahkah anda menanya diri, "Mengapa saya masih bergelut dengan dosa?" Rasul Paulus pun menyatakannya dalam Roma 7:15: "Perkara-perkara yang ingin aku lakukan, tidak aku lakukan; tetapi perkara-perkara yang aku benci, i...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Denison Forum kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://www.denisonforum.org

Pelan yang Berkaitan

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami