Info Pelan

Betulkah Saya Boleh Mengatasi Dosa dan Cubaan?Sampel

Can I Really Overcome Sin and Temptation?

HARI 3 DARIPADA 5

Bagaimanakah Saya Dapat Memenangi Peperangan Rohani Melawan Iblis?


Iblis adalah nyata, tetapi ia juga telah ditewaskan. 



Yesus datang ke dunia ini untuk memusnahkan pekerjaan Iblis (1 Yohanes 3:8). Ketika Tuhan kita mati di salib, dosa juga mati. Ketika Dia bangkit daripada kematian, kubur telah kalah. Satu hari nanti, Iblis akan dibuang ke dalam lautan api dan diseksa siang dan malam untuk selama-lamanya (Wahyu 20:10). Iblis tidak akan memerintah di neraka—Iblis akan dihukum di sana, untuk selama-lamanya.



Iblis berperang dengan Bapa kita, dan kitalah medan pertempuran di mana konflik meledak. Dia tidak boleh mencederakan Allah maka dia menyerang anak-anak Allah. Cara terbaik untuk mencederakan saya ialah menyerang anak lelaki saya.



Dalam peperangan rohani kita dengan musuh ini, bagaimanakah kita menang?



Pertama, lawanlah Iblis dengan kekuatan Allah.


"Oleh itu, taatlah kepada Allah. Lawanlah Iblis, maka Iblis akan lari daripada kamu" (Yakobus 4:7). Semasa dicuba, serahkan isu itu kepada Allah dan memilih untuk melawan: "Janganlah berikan peluang kepada Iblis" (Efesus 4:27). Menolak dosa tidak mungkin menjadi lebih mudah daripada waktu ia timbul dalam fikiran atau hati anda buat pertama kalinya.



Kedua, tuntutlah kemenangan anda dalam kuasa Allah.


Bapa anda berjanji bahawa Dia tidak akan membenarkan cubaan tanpa memberikan anda kekuatan untuk menanggungnya (1 Korintus 10:13). Ketika musuh muncul dalam hidup anda, berpeganglah pada janji itu. Terimalah kemenangan yang dijanjikan oleh Allah.



Ketiga, kenakan perlengkapan senjata Roh Kudus. 


Efesus 6 menggesa kita: "Akhirnya, binalah kekuatan kamu dengan menerima kekuatan daripada kuasa Tuhan, kerana kamu hidup bersatu dengan Dia. Pakailah seluruh perlengkapan senjata daripada Allah, supaya kamu dapat mempertahankan diri daripada muslihat Iblis yang jahat. Hal itu demikian kerana kita tidak berjuang melawan manusia, tetapi melawan segala kuasa jahat di angkasa, iaitu roh-roh yang berkuasa dan yang memerintah zaman yang gelap ini" (ay. 10-12).



"Perlengkapan senjata" rohani termasuk kebenaran Allah, ketelusan, injil, iman, keselamatan, Alkitab, dan doa (ay. 14-18). Berpegang pada semua ini. Mempraktikkannya. Mempercayainya sebagai kuasa Allah dalam hidup anda. Lalu, semua ini akan menjadi kemenangan anda.



Maka, menjangka akan dicubai oleh musuh besar anda.



Singa hanya mengaum apabila diserang. Berdiri teguh dalam kekuatan Allah hari ini. Apabila anda gagal, carilah Allah untuk pengampunan, kasih kurnia, dan kemenangan.



Lain kali apabila iblis mengingatkan anda tentang masa silam anda, ingatkannya tentang masa depannya.


Hari 2Hari 4

Perihal Pelan

Can I Really Overcome Sin and Temptation?

Pernahkah anda menanya diri, "Mengapa saya masih bergelut dengan dosa?" Rasul Paulus pun menyatakannya dalam Roma 7:15: "Perkara-perkara yang ingin aku lakukan, tidak aku lakukan; tetapi perkara-perkara yang aku benci, i...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Denison Forum kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://www.denisonforum.org

Pelan yang Berkaitan

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami