Info Pelan

Bagaimana Rupa Allah? Pelan Bacaan 21 HariSampel

What Is God Like? A 21-Day Reading Plan

HARI 4 DARIPADA 21

Allah Itu Adil



Kita tidak kekurangan kelukaan hati, kegagalan, dan cemuhan dalam kehidupan ini. Soalan yang harus dipertimbangkan adalah siapakah yang kita percayai untuk menyelamatkan kita pada waktu kebutuhan? Siapakah yang menjadi tempat mengadu dan sandaran kita apabila kita rasa tidak pasti tentang arah tujuan kita? Siapakah yang boleh menjadi tempat pergantungan kita untuk berlaku adil semasa kita rasa terdesak hendak berlaku adil?



Mazmur 75 menggambarkan Allah sebagai hakim yang terakhir — benar, kudus, adil, dan saksama dalam segala hal. Allah satu-satunya peribadi yang mampu membetulkan setiap kesalahan, satu-satunya peribadi yang kita boleh percayai untuk selalu melakukan perkara yang betul.



Allah itu berkuasa, kuat, dan berupaya melakukan segala sesuatu. Walau bagaimanapun, Dia tidak menggunakan kekuatan-Nya secara sembarangan. Satu hari nanti, Anak-Nya, Yesus, akan kembali ke dunia ini untuk menghakim dan membawa orang Kristian ke rumah syurgawi-Nya di mana kita akan tinggal bersama-Nya selama-lamanya.



Kita boleh memuji Allah pada masa yang baik dan masa yang buruk, semasa kejayaan dan kekecewaan, kerana kita tahu bahawa Dia akan membetulkan segala keadaan. Satu hari nanti, Allah akan "menghancurkan kuasa orang jahat, tetapi akan menambah kuasa orang baik" (Mazmur 75:11; ayat 10 dalam terjemahan Bahasa Inggeris).



Kita mesti bergantung pada belas kasihan satu-satunya peribadi yang berupaya membetulkan segala sesuatu yang tunggang-terbalik.   



Respons kita terhadap pengkhianatan dan kelukaan hati seharusnya berlari kepada Tuhan, satu-satunya peribadi yang berupaya menenangkan ketakutan kita dan memberikan keyakinan serta menjanjikan harapan penebusan.  Apabila keadaan menjadi sulit, kita mesti bergantung pada belas kasihan satu-satunya peribadi yang berupaya membetulkan segala sesuatu yang tunggang-terbalik.   



Renungan:




  • Adakah memandang Allah sebagai adil dan kudus mengubah cara anda menguruskan kelukaan hati dan pengkhianatan? Bagaimanakah anda dapat bergerak maju dengan pengetahuan bahawa Allah akan membetulkan segala sesuatu yang salah?

  • Bagaimanakah memandang Allah sebagai saksama dan benar mengubah cara anda berinteraksi dengan orang lain?

Hari 3Hari 5

Perihal Pelan

What Is God Like? A 21-Day Reading Plan

Bagaimana rupa Allah? Itu merupakan soalan yang besar tetapi penting. Pemahaman kita tentang Allah akan menentukan cara kita berhubungan dengan-Nya. Semakin banyak kita mengetahui tentang Allah, semakin baiknya hubungan ...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada NewSpring Church kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://newspring.cc

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami