Info Pelan

Lebih Baik BersamaSampel

Better Together

HARI 17 DARIPADA 24

Anda Melayani Allah dengan Melayani Orang Lain

Terdapat satu cara sahaja di mana anda boleh melayani Allah: dengan melayani orang lain. Apabila anda menggunakan bakat, masa, tenaga, dan sumber anda untuk membantu orang lain, ia digelar pelayanan.

Walau bagaimanapun, Allah tidak mahu anda melayani bersendirian! Filipi 2:2 menyatakan, “Aku berharap saudara semua dapat benar-benar menyenangkan hatiku dengan hidup seia sekata, saling mengasihi dengan kasih yang sama dan mempunyai fikiran serta tujuan yang sama.” Mengapakah Allah menghendaki ini? Mengapa anda tidak boleh melayani Allah secara bersendirian?

1. Kerana kita adalah satu keluarga. Alkitab menyatakan dalam 1 Korintus 3:9, “Kami orang yang bekerja bersama-sama untuk Allah.” Jika anda adalah ahli keluarga Allah, Allah mahu anda bermesra-mesra dengan ahli keluarga yang lain. Sebenarnya, Allah lebih berminat dalam hubungan yang anda bina semasa melayani bersama-sama daripada dalam pelayanan yang anda lakukan. Dia mahu anda belajar bermesra-mesra dengan keluarga Allah.

2. Kerana kita memerlukan satu sama lain. Kita memerlukan satu sama lain untuk melayani. Tiada orang yang memiliki semua bakat. Tiada orang yang memiliki semua kurnia. Allah mencipta kita demikian secara sengaja supaya anda akan memerlukan saya dan saya akan memerlukan anda dan kita akan memerlukan satu sama lain.

“Sungguhpun bilangan kita banyak, tetapi kita satu tubuh kerana kita bersatu dengan Kristus. Kita semua dihubungkan satu dengan yang lain sebagai anggota-anggota daripada satu tubuh” (Roma 12:5).

3. Kerana kita mencapai lebih banyak. Pengkhutbah 4:9 menyatakan, “Berdua lebih baik daripada seorang diri, kerana bersama-sama mereka dapat bekerja dan hasilnya lebih baik.” Kerja berpasukan menggandakan keberkesanan.

Allah mahu menggunakan anda dalam cara yang tidak pernah anda jangkakan. Anda mungkin berkata, “Apakah yang dapat saya berikan?” Anda mempunyai sesuatu, tetapi anda tidak memiliki secukupnya secara bersendirian. Itulah sebabnya mengapa anda memerlukan orang lain dalam kehidupan anda. Allah mahu menggunakan anda, tetapi Dia juga mahu menggunakan anda dalam satu pasukan di mana anda saling membantu.

Allah telah mencipta kita dalam cara di mana kita rasa paling cergas apabila kita adalah sebahagian daripada pasukan yang mencapai sesuatu untuk Kerajaan Allah. Pasukan menyebabkan kita menjadi lebih rapat dengan satu sama lain, untuk mencapai lebih banyak, dan untuk lebih berseronok. Cara paling cepat untuk membuat kumpulan kecil anda menjadi lebih rapat adalah dengan melayani bersama-sama. Apabila anda berhimpun demi tujuan abadi, ia membina pasukan yang tidak dapat dihentikan, yang mencapai perkara yang besar untuk Allah.

Mainkan audio pengajaran hari ini daripada Pastor Rick >>

Hari 16Hari 18

Perihal Pelan

Better Together

Kita tidak mungkin menjadi apa yang diinginkan Allah dan memenuhi tujuan kita di bumi ini tanpa sebarang bantuan. Kita memerlukan satu sama lain, dan kita tergolong dalam Tubuh Kristus! Dalam siri ini, Pastor Rick menjel...

More

Renungan ini © 2015 Rick Warren. Hak cipta terpelihara. Digunakan dengan kebenaran. Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.rickwarren.org

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami