Info Pelan

Lebih Baik BersamaSampel

Better Together

HARI 16 DARIPADA 24

Empat Faedah Mengakui Kesalahan Anda

Terdapat satu ramuan rahsia yang membina komuniti lebih cepat daripada apa-apa benda yang lain: mengakui kesalahan kita. Walau bagaimanapun, mengapakah sesiapa mahu mendedahkan diri kepada risiko kejujuran? Kerana risiko itu berbaloi. Allah berkata terdapat empat faedah bersikap jujur tentang kesalahan kita, perasaan kita, kesilapan kita, dan ketakutan kita.

1. Penyembuhan Emosi Alkitab menyatakan dalam Yakobus 5:16, “Oleh itu, hendaklah kamu saling mengakui kesalahan dan berdoa bagi satu sama lain, supaya kamu disembuhkan.”

Terdapat perbezaan yang besar antara pengampunan dan penyembuhan emosi. Jika anda memerlukan pengampunan kerana sesuatu dalam kehidupan anda, anda hanya perlu mengakuinya kepada Allah. Penyembuhan emosi terhasil daripada memberitahu seseorang yang lain.

2. Permulaan Baru Amsal 28:13 menyatakan, “Sesiapa menyembunyikan dosanya tidak akan berjaya dalam hidupnya. Sesiapa mengakui dan meninggalkan dosanya, akan dikasihani Allah.”

Salah satu perkara yang paling berguna yang anda boleh lakukan dalam kumpulan kecil anda adalah membantu orang lain untuk mengampunkan diri sendiri. Ramai orang yang memerlukan seseorang yang lain untuk mengatakan, “Sudahkah kamu mengakuinya kepada Allah? Jika ya, kamu sudah diampunkan. Sudahkah kamu mengakuinya? Maka, kamu sudah diampunkan. Lepaskannya.”

3. Kuasa Allah untuk Mengubah “Rendahkanlah dirimu di hadapan Tuhan, dan Ia akan meninggikan kamu” (Yakobus 4:10 TB).

Bagaimanakah ia berfungsi? Alkitab menyatakan bahawa Allah menentang orang yang sombong, tetapi Dia memberikan kasih karunia kepada orang yang rendah hati. Kasih karunia Allah adalah kuasa untuk berubah. Apabila anda menerima kasih karunia Allah, anda boleh mengubah perkara yang sentiasa ingin diubah dalam kehidupan anda. Namun, ia hanya berlaku melalui kerendahan hati, dan kerendahan hati terhasil daripada kejujuran.

4. Persekutuan yang Lebih Mendalam Alkitab menyatakan, “Tetapi jika kita hidup di dalam terang sama seperti Dia ada di dalam terang, maka kita beroleh persekutuan seorang dengan yang lain” (1 Yohanes 1:7a TB).

Kita fikir jika kita bersikap terbuka tentang ketakutan, kerisauan, kecacatan, dan kesalahan rahsia kita, rasa hormat orang lain terhadap kita akan berkurang. Perkara yang sebaliknya adalah benar! Sebenarnya, semakin jujurnya anda, semakin orang lain menyukai anda dan ingin menghabiskan masa bersama dengan anda.

Ramai antara anda telah menyedari, “Kehidupan saya kucar-kacir. Saya mempunyai beberapa kerisauan, tabiat, respons buruk, dan hubungan buruk yang serius. Saya tidak mungkin mengakui semua perkara buruk dalam kehidupan saya.”

Allah mahu mengubah penderitaan anda kepada penyembuhan. Sesudah itu, Dia mahu menggunakan anda dalam kehidupan orang lain. Dia cuma menantikan anda untuk berserah.

Mainkan audio pengajaran hari ini daripada Pastor Rick >>

Hari 15Hari 17

Perihal Pelan

Better Together

Kita tidak mungkin menjadi apa yang diinginkan Allah dan memenuhi tujuan kita di bumi ini tanpa sebarang bantuan. Kita memerlukan satu sama lain, dan kita tergolong dalam Tubuh Kristus! Dalam siri ini, Pastor Rick menjel...

More

Renungan ini © 2015 Rick Warren. Hak cipta terpelihara. Digunakan dengan kebenaran. Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.rickwarren.org

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami