Info Pelan

Lebih Baik BersamaSampel

Better Together

HARI 22 DARIPADA 24

Empat Sikap Hati Terhadap Pemberian

Bagaimanakah anda mengamalkan sikap yang diingini Allah semasa anda memberi? Ia bermula dengan hati anda. Allah lebih berminat dengan kesanggupan anda untuk memberi daripada kekayaan anda, kerana Dia berminat dengan apa yang berlaku dalam hati anda semasa anda membuat keputusan untuk memberi.

Alkitab menyatakan dalam 2 Korintus 9:7, “Hendaklah masing-masing memberikan menurut kerelaan hatinya, jangan dengan sedih hati atau karena paksaan, ‘sebab Allah mengasihi orang yang memberi dengan sukacita’” (TB). Ayat ini bercakap secara khusus tentang empat sikap hati yang utama, yang anda harus amalkan semasa memberi.

1. Memberi setelah difikirkan dengan teliti. Jangan memberi dengan terburu-buru. Pemberian yang paling rohaniah adalah apabila anda berfikir tentangnya dan berdoa tentangnya dan membuat keputusan tentangnya. Mengapa? Kerana kita merancang segala sesuatu yang penting dalam kehidupan kita. Allah mahu agar pemberian anda menjadi sesuatu yang penting dan bermakna dalam kehidupan anda.

2. Memberi dengan penuh minat. Jangan berkata, “Saya perlu memberi! Jika tidak saya akan disambar petir atau dihukum.” Memberi kerana anda sedar bahawa Allah akan melakukan sesuatu yang besar dalam hati anda apabila anda menjadi seseorang yang murah hati.

3. Memberi secara sukarela. Bila-bila anda rasa dipaksa oleh seseorang untuk memberi, jangan memberi. Walau bagaimanapun, Allah tidak akan memberkatinya. Namun, setiap kali anda rasa dicabar oleh Allah untuk memberi, anda harus memberi.

4. Memberi dengan sukacita. Memberi dengan gembira! Salah satu perkataan Yunani untuk persembahan adalah perkataan “menggelikan hati.” Allah mahu anda berseronok memberi kepada-Nya dan kepada orang lain.

Ada kalanya, memanglah mencabar untuk memberi dengan sukacita apabila Allah mencabar anda untuk memberi. Bila-bila anda rasa demikian, ingatkan diri anda tentang faedah perkara yang dilakukan Allah dalam hati anda. Mengapa bersikap murah hati? Ia membina komuniti. Ia mengalahkan materialisme. Ia menguatkan iman anda. Ia merupakan pelaburan untuk keabadian. Ia memberkati anda. Dan, ia menjadikan anda lebih menyerupai Allah.

Mainkan audio pengajaran hari ini daripada Pastor Rick >>

Hari 21Hari 23

Perihal Pelan

Better Together

Kita tidak mungkin menjadi apa yang diinginkan Allah dan memenuhi tujuan kita di bumi ini tanpa sebarang bantuan. Kita memerlukan satu sama lain, dan kita tergolong dalam Tubuh Kristus! Dalam siri ini, Pastor Rick menjel...

More

Renungan ini © 2015 Rick Warren. Hak cipta terpelihara. Digunakan dengan kebenaran. Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.rickwarren.org

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami