Info Pelan

Lebih Baik BersamaSampel

Better Together

HARI 21 DARIPADA 24

Pelaburan Terbaik yang Akan Anda Buat

Kemurahan hati adalah satu pelaburan. Lukas 16:9 menyatakan, “Gunakanlah kekayaan dunia ini untuk mendapat sahabat.” Saya banyak mengatakan bahawa anda tidak dapat membawanya bersama dengan anda. Tahukah anda bahawa rumah mayat menjual sut pengebumian? Ia adalah untuk orang yang ingin dikebumikan dalam sut tetapi tidak memilikinya. Tahukah anda apa perbezaan antara sut biasa dan sut pengebumian? Tiada poket pada sut pengebumian! Memang benar! Anda tidak memerlukannya, kerana anda tidak dapat membawa kekayaan bersama dengan anda. Namun, anda boleh menghantarnya terlebih dahulu.

Bagaimanakah anda melakukan itu? Dengan melabur dalam orang yang akan ke sana.

Alkitab menyatakan dalam 1 Timotius 6:18-19, “Nasihatilah mereka supaya berbuat baik, supaya rajin berbuat kebajikan, murah hati, dan suka memberi. Dengan jalan ini mereka mengumpulkan harta yang akan menjadi asas yang kukuh untuk masa depan. Dengan demikian mereka akan mendapat hidup kekal iaitu hidup sejati.”

Setiap kali anda bersikap murah hati terhadap golongan miskin, seorang kawan, ataupun jiran anda, Allah mengatakan bahawa anda mengumpulkan harta di bank Syurga. Masa anda di bumi ini hanyalah kira-kira 80 hingga 100 tahun. Anda akan menghabiskan beberapa trilion tahun dalam keabadian. Di manakah anda memerlukan akaun yang paling besar?

Tiada pelaburan yang lebih baik daripada Kerajaan Allah. Apabila anda membantu orang lain dengan masa anda, wang anda, sumber anda — apa sahaja yang dimiliki anda — anda sebenarnya membuat pelaburan di Syurga. Pelaburan anda dilindungi di Syurga. Ia menjanakan faedah yang besar. Ia terbukti. Terdapat dividen yang besar dan tiada risiko.

Anda tidak mungkin mendapat pelaburan seperti itu di mana tempat yang lain!

Mainkan audio pengajaran hari ini daripada Pastor Rick >>

Hari 20Hari 22

Perihal Pelan

Better Together

Kita tidak mungkin menjadi apa yang diinginkan Allah dan memenuhi tujuan kita di bumi ini tanpa sebarang bantuan. Kita memerlukan satu sama lain, dan kita tergolong dalam Tubuh Kristus! Dalam siri ini, Pastor Rick menjel...

More

Renungan ini © 2015 Rick Warren. Hak cipta terpelihara. Digunakan dengan kebenaran. Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.rickwarren.org

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami