Bapa Mengasihi Anda Oleh Pete BriscoeSampel

Hari 4
Hal yang Penting ialah Siapa yang Mengenal Anda
Sekiranya kita dapat mengubah sikap kita, kita bukan sahaja akan memandang hidup secara berbeza malah hidup kita akan berubah juga. —Katherine Mansfield
Saya melayani Milwaukee Brewers untuk beberapa tahun. Ini adalah sesuatu yang menakjubkan. Di tempat kediaman saya yang dulu, Brewers merupakan allah kayu pemukul, bola, dan berlian. Setiap orang Wisconsin yang taat menonton permainan mereka di televisyen. Orang yang mampu membeli tiket akan menyaksikannya di County Stadium. Namun, memasuki bilik lokar? Itu merupakan "bilik maha kudus"—tempat suci dalaman bait yang tidak mungkin dimasuki oleh manusia biasa.
Saya dapat "masuk". Paul Molitor merupakan kapten pasukan, dan disebabkan saya mengenal Paul, saya dialu-alukan di bilik lokar. Saya juga dibenarkan untuk berbual dengan para pemain. Saya berkongsi ajaran daripada Alkitab dengan seluruh pasukan itu dan mereka mendengar… hanya kerana Paul. Ia mengangkat kedudukan saya di mata atlet yang menakjubkan tersebut. Mereka rela mendengar saya kerana hubungan saya dengan Paul.
Demikian juga dengan Allah dan orang Israel:
Musa menjawab… "Bagaimanakah orang lain tahu bahawa Engkau berkenan kepada umat-Mu dan aku, jika Engkau tidak ikut kami? Hadirat-Mu di tengah-tengah kami akan membezakan kami daripada bangsa lain di bumi?” (Keluaran 33:16)
Allah Bapa melakukan perkara yang sama bagi kita. Hadirat-Nya dalam hidup kita mengasingkan kita daripada orang lain. Dia membezakan kita. Sebagai anak-Nya, kita diubah dari segi rohani dan adalah unik di dunia ini… dan itu menjadikan mesej kita tentang Hidup sebenar dalam Kristus menarik kepada orang yang mencari kebenaran dan makna.
Bapa, saya berdoa agar Engkau mengangkat gaya hidup saya supaya saya nyatanya berbeza daripada dunia ini. Biarlah saya menjadi contoh hidup dalam-Mu agar orang lain akan mengetahui ketakjuban-Mu. Amin.
Kitab
Perihal Pelan

Kita diajar sejak kecil lagi bahawa Allah ialah Bapa kita dan kita ialah anak-Nya. Namun, menghubungkan Allah dengan Bapa tidaklah selalu mudah—terutamanya jika bapa duniawi kita bergelut untuk menunjukkan kasih yang diinginkan. Dalam kajian 16 hari ini, Pete Briscoe mengalihkan perhatian kita kepada Allah yang memenuhi semua keinginan kita akan kasih—menengaskan bagaimana Alkitab menyatakan Dia sebagai Bapa kita yang baik dan sempurna.
More
Pelan yang Berkaitan

Dimeterai - Bahagian 1

Bangkitlah dan Bersinarlah

Terpilih - Mendedahkan Wanita dalam Kristus

Benih: Apa dan Mengapa

Sukacita untuk Perjalanan: Menemui Harapan di Tengah-tengah Dugaan

Apakah Tujuan Saya? Belajar Mengasihi Allah dan Mengasihi Orang Lain

Serahkanlah Segala Kekhuatiran Kamu

Mengasihi dan Terus Mengasihi

Dimeterai —Bahagian 3
