Bapa Mengasihi Anda Oleh Pete BriscoeSampel

The Father Loves You by Pete Briscoe

HARI 6 DARIPADA 16

Hari 6

Semuanya Kehendak-Nya

Kesedaran tertinggi terhadap diri saya ialah saya amat dikasihi oleh Yesus Kristus dan saya tidak melakukan apa-apa untuk memperoleh atau mewajarkan kasih itu. — Brennan Manning, The Ragamuffin Gospel

Mungkin melalui seni, mungkin melalui khutbah yang berapi-api dan marah… saya tidak tahu dengan pasti, tetapi pada suatu masa dulu banyak antara kita berfikir bahawa Allah Bapa marah—dan Dia duduk di atas awan syurga… menyimpan rekod… selalu. Dia mempunyai senarai hukum dan peraturan di satu tangan dan petir di tangan yang satu lagi. Dia menunggu anda melakukan kesilapan. Bila anda melakukannya? Kapow!

Betul?

Jauh sekali. Lihatlah apa yang Allah beritahu Musa apabila Dia memohon kehadiran Allah:

“Aku akan melakukan seperti yang engkau minta, kerana Aku mengenal engkau dengan baik dan Aku berkenan kepadamu.…” (Keluaran 33:17)

Allah berkenan kepada kita.

Allah memberitahu Musa bahawa Dia akan hadir bersama dengan mereka kerana Dia berkenan kepadanya. Anda mungkin berkata, "Ya, itu Musa. Saya bukan Musa." Musa sepatutnya seorang pemimpin salih yang ulung, bukan? Sepatutnya demikian, tetapi Musa bukan. Tahukah anda apa yang berlaku sejurus sebelum petikan ini? Pengikut Musa telah membina patung lembu jantan emas dan menyembahnya, bukannya menyembah Allah. Jika Musa sepatutnya seorang pemimpin yang ulung, tidakkah pengikutnya harus, barangkali, mengikut? Namun, hakikatnya, pengikutnya kalut… seperti kita, seperti anda. Walau bagaimanapun, Allah masih berkenan kepada kita, meskipun prestasi kita yang lemah.

Tuhan, memanglah susah untuk memahami walaupun bangsa manusia remuk, Engkau masih mengasihi kami—walaupun pada waktu yang paling kelam. Terima kasih kerana Engkau berkenan kepada saya dalam Kristus sementara dunia ini hanya melihat kegagalan! Amin.

Perihal Pelan

The Father Loves You by Pete Briscoe

Kita diajar sejak kecil lagi bahawa Allah ialah Bapa kita dan kita ialah anak-Nya. Namun, menghubungkan Allah dengan Bapa tidaklah selalu mudah—terutamanya jika bapa duniawi kita bergelut untuk menunjukkan kasih yang diinginkan. Dalam kajian 16 hari ini, Pete Briscoe mengalihkan perhatian kita kepada Allah yang memenuhi semua keinginan kita akan kasih—menengaskan bagaimana Alkitab menyatakan Dia sebagai Bapa kita yang baik dan sempurna.

More

Kami bersyukur kepada Pete Briscoe kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://petebriscoe.org/