Bapa Mengasihi Anda Oleh Pete BriscoeSampel

Hari 7
Berminat dan Memberikan Perhatian Penuh
Sentiasa memberikan respons terhadap setiap dorongan untuk berdoa. Dorongan berdoa mungkin timbul semasa anda membaca atau merenungi teks. Saya memutuskan—sentiasa mentaati dorongan tersebut.— Martyn Lloyd-Jones
Betapa pentingkah anda rasa diri anda ini jika bapa anda mempunyai 3 bilion nombor telefon anak dalam iPhone-nya, dan anda cumalah salah seorang daripada mereka? Berapa perhatian yang anda rasa bapa anda boleh berikan kepada begitu banyak anak? Hampir-hampir tiada. Namun, Bapa syurgawi kita tidak terbatas dari segi kuasa, pengetahuan, atau keupayaan-Nya untuk menyertai semua orang sekaligus! Dia menjelaskan ini semasa bercakap dengan Musa, kata-Nya:
“Aku berkenan kepadamu dan Aku mengenal namamu.” (Keluaran 33:17)
Beberapa tahun lalu, saya duduk bersama dengan beberapa ribu orang pelajar kolej di persidangan Urbana di Illinois University. Arena itu penuh sesak. Pada satu ketika, 20,000 hadirin di sana diminta berdoa… kuat-kuat. Saya bukan sahaja dikuasai kebisingan atau kesan kumulatif, malah dikuasai kenyataan ringkas bahawa Allah berupaya mendengar setiap doa dan membalasnya dengan baik.
Bagi Allah Bapa, setiap doa yang kita ucapkan ialah satu-satunya doa yang didengar-Nya. Tiada doa latar belakang. Mengapa?
Kerana Dia berminat.
“Bukankah lima ekor burung pipit dijual seharga dua sen? Meskipun demikian tidak seekor pun dilupakan oleh Allah. Sebenarnya rambut di kepala kamu pun telah dihitung semuanya. Oleh itu, janganlah takut kerana bagi Allah kamu lebih berharga daripada burung pipit!” (Lukas 12:6-7)
Allah mengenal nama anda, dan nama anda sentiasa ada di hati-Nya. Jika ada duri di kaki anda, Dia mengambil berat tentang hal itu—walaupun, banjir dan kemarau berlaku di bahagian lain planet ini. Dia boleh memberikan anda 100% perhatian-Nya dan tidak kurang memberikan perhatian kepada orang lain. Itulah kepentingan anda di mata Allah!
Bapa, saya bersyukur kerana Engkau mendengar doa ini dan boleh memberikan 100% perhatian kepada saya! Terima kasih kerana Engkau berminat pada saya, mengambil berat terhadap saya, dan mengasihi saya. Amin.
Perihal Pelan

Kita diajar sejak kecil lagi bahawa Allah ialah Bapa kita dan kita ialah anak-Nya. Namun, menghubungkan Allah dengan Bapa tidaklah selalu mudah—terutamanya jika bapa duniawi kita bergelut untuk menunjukkan kasih yang diinginkan. Dalam kajian 16 hari ini, Pete Briscoe mengalihkan perhatian kita kepada Allah yang memenuhi semua keinginan kita akan kasih—menengaskan bagaimana Alkitab menyatakan Dia sebagai Bapa kita yang baik dan sempurna.
More
Pelan yang Berkaitan

Dimeterai - Bahagian 1

Bangkitlah dan Bersinarlah

Terpilih - Mendedahkan Wanita dalam Kristus

Benih: Apa dan Mengapa

Sukacita untuk Perjalanan: Menemui Harapan di Tengah-tengah Dugaan

Apakah Tujuan Saya? Belajar Mengasihi Allah dan Mengasihi Orang Lain

Serahkanlah Segala Kekhuatiran Kamu

Mengasihi dan Terus Mengasihi

Dimeterai —Bahagian 3
