Info Pelan

Berdoa Untuk Gajah Anda - Mengucapkan Doa yang BeraniSampel

Praying For Your Elephant - Praying Bold Prayers

HARI 7 DARIPADA 7

Integriti Peribadi

Pada tahun 1994 di Konvensyen Pekerja Muda-Mudi Kebangsaan yang diadakan di San Francisco, saya mendengar ajaran seorang lelaki yang telah kehilangan integritinya. Lelaki itu ialah Richard Dortch.

Daripada mimbarnya pada hari itu, Dortch menceritakan pengalamanya dalam pelayanan bertahun-tahun yang sangat bersih, yang runtuh musnah dalam tempoh tiga tahun apabila persona awamnya gagal memadani persona peribadinya. Dortch, kini bebas daripada pemenjaraannya, berjalan ke seluruh negara untuk membetulkan kesalahannya dan menyampaikan mesej tentang integriti peribadi.

Semasa kita mengakhiri pelan ini, saya rasa tertarik untuk berkongsi beberapa perkara yang dikatakan Richard Dortch. Pertama, kegagalan peribadi yang besar tidak berlaku dalam waktu yang singkat. Sebaliknya, ia berlaku melalui penyimpangan yang perlahan dan progresif daripada perkara yang anda sedar adalah benar.

Selepas itu, dia berkata, "Metafora terbaik untuk integriti adalah kaca. Kaca adalah struktur pepejal, tetapi lut sinar. Jika kita melihat gelas, kita boleh melihat melaluinya. Bolehkah kita melihat melalui kehidupan anda?"

Jika, pada masa ini, anda berada pada kedudukan di mana kaca tingkap kehidupan anda adalah tidak lut sinar, malah keruh dan kabur, tempat untuk bermula adalah doa. Berdoa bukan sahaja untuk pertaubatan, tetapi agar Allah akan memberikan anda keberanian untuk mendapat semula integriti anda walau apa pun kosnya. Hanya melalui cara ini, setelah diperah dalam tong kebenaran dan integriti Allah, barulah kehidupan anda betul-betul dilabelkan sebagai bersih.

Adakah anda seronok membaca pelan ini? Jika ya, sertailah untuk memenangi buku ini di sini

Hari 6

Perihal Pelan

Praying For Your Elephant - Praying Bold Prayers

Membenam dalam pengembaraan kehidupan yang dipenuhi doa. Sertai Pastor Adam Stadtmiller dalam perjalanan mempelajari cara berdoa untuk perkara yang besar – gajah anda – sementara semakin intim dengan Allah. Pelan tujuh h...

More

Kami berterima kasih kepada David C Cook kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://www.dccpromo.com/praying_for_your_elephant/

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami