Info Pelan

Berdoa Untuk Gajah Anda - Mengucapkan Doa yang BeraniSampel

Praying For Your Elephant - Praying Bold Prayers

HARI 5 DARIPADA 7

Harta Karam

Kitab Yakobus mengatakan, "Kamu tidak mendapat apa yang kamu ingini, kerana kamu tidak memintanya daripada Allah." Untuk menggambarkan ayat ini, terdapat satu cerita tentang seorang kanak-kanak lelaki yang bermimpi tentang syurga. Dalam mimpinya, Allah membawanya ke sebuah bilik. Di dalam bilik itu terdapat pelbagai jenis harta material seperti kereta, rumah, dan objek lain yang diperlukan dalam kehidupan sehari-hari. Dalam bilik itu juga terdapat benda yang kelihatan ganjil: bola mata, kaki, dan tangan yang tertimbun tinggi di beberapa sudut. Apabila kanak-kanak itu menanya Allah apakah yang dimaksudkan semua itu, Allah membalas, "Ini adalah jawapan kepada doa yang tidak pernah diucapkan."

Meskipun cerita ini bersifat cereka, ia masihlah membawa pesanan yang mendalam. Pengajaran daripada cerita ini adalah tepat dari segi Alkitab. Manusia tidak memiliki banyak benda yang diniatkan Allah dalam kehidupan mereka atas satu sebab yang mudah: mereka tidak pernah meminta.

Seperti harta karam pada dasar laut, respons Allah kepada doa yang tidak diucapkan ditinggalkan tidak ditemui dan hilang. Bagaimana pula dengan anda? Adakah sesetengah harta karun dalam kehidupan anda terbiar di geliung Sepanyol jauh di bawah permukaan kehidupan anda dan sedang menunggu kerja penyelamatan doa untuk menggalinya? Adakah anda terlepas apa yang diniatkan Allah untuk hidup anda kerana anda tidak pernah meminta?

Hari 4Hari 6

Perihal Pelan

Praying For Your Elephant - Praying Bold Prayers

Membenam dalam pengembaraan kehidupan yang dipenuhi doa. Sertai Pastor Adam Stadtmiller dalam perjalanan mempelajari cara berdoa untuk perkara yang besar – gajah anda – sementara semakin intim dengan Allah. Pelan tujuh h...

More

Kami berterima kasih kepada David C Cook kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://www.dccpromo.com/praying_for_your_elephant/

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami