Info Pelan

Berdoa Untuk Gajah Anda - Mengucapkan Doa yang BeraniSampel

Praying For Your Elephant - Praying Bold Prayers

HARI 6 DARIPADA 7

Mendengar Secara Langsung

Menyatakan kesanggupan untuk menjadikan Allah penasihat utama anda adalah penting dalam mengetahui jalan yang betul dalam kehidupan anda.

Ini adalah satu kebenaran. Yesus tidak mati pada salib supaya Dia boleh terus berbicara kepada anda terutamanya melalui sesetengah orang yang lain, wayang, ataupun buku. Kristus datang dan menderita untuk dikenali secara intim oleh anda dan untuk membuka talian komunikasi yang disekat oleh kejatuhan manusia. Dia datang supaya Dia dapat berbicara dengan berkuasa dan secara langsung kepada anda. Alkitab adalah jelas apabila mengatakan "Oleh itu, marilah kita dengan penuh keberanian menghadap takhta Allah, kerana di situ rahmat-Nya melimpah. Di situ kita akan menerima belas kasihan-Nya dan mengalami kasih-Nya, pada masa kita memerlukan pertolongan." Ia tidak mengatakan bahawa kita harus mendekati takhta di sebalik seorang perantara manusia.

Ini adalah satu ayat yang indah dan sangat memilukan. Takhta yang diduduki Allah adalah takhta kasih karunia yang akan memberikan anda apa yang anda perlukan dan membenarkan anda untuk menerima rahmat serta menemukan kasih karunia. Jika anda tertanya-tanya ke manakah perginya kasih karunia dalam kehidupan anda, anda dapat menemukannya pada takhta Allah.

Hari 5Hari 7

Perihal Pelan

Praying For Your Elephant - Praying Bold Prayers

Membenam dalam pengembaraan kehidupan yang dipenuhi doa. Sertai Pastor Adam Stadtmiller dalam perjalanan mempelajari cara berdoa untuk perkara yang besar – gajah anda – sementara semakin intim dengan Allah. Pelan tujuh h...

More

Kami berterima kasih kepada David C Cook kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://www.dccpromo.com/praying_for_your_elephant/

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami