Info Pelan

Berdoa Untuk Gajah Anda - Mengucapkan Doa yang BeraniSampel

Praying For Your Elephant - Praying Bold Prayers

HARI 3 DARIPADA 7

Sebab Kita Meminta, Mencari, dan Mengetuk

Allah menjawab doa, tetapi doa yang meminta bukanlah terutamanya tentang jawapan. Doa meminta, seperti bentuk doa yang lain, adalah tentang hubungan. Jika anda menjadikan doa meminta tentang jawapan, anda bergerak memasuki kawasan yang berbahaya.

Apabila doa adalah terutamanya tentang jawapan, hubungan kita dengan Allah menjadi terfokus pada keputusan. Apabila Allah mengatakan tidak atau bekerja di luar jadual waktu kita, kita benar-benar tertanya-tanya tentang sebabnya dan berasa tidak memadai atau tidak dikasihi Allah. Berasa yakinlah bahawa apabila anda bertumbuh dalam lingkungan doa meminta, Iblis akan cuba mengalihkan tumpuan doa anda daripada hubungan kepada keputusan.

Kristus memang sedar akan tujuan perhubungan dalam doa meminta. Dalam bab tujuh kitab Matius, apabila Yesus mencabar pengikut-Nya untuk meminta sesuatu – sesuatu yang besar – seperti "gajah" dalam doa, Dia segera mengalihkan tumpuan daripada meminta kepada hubungan kebapaan yang menyelubungi setiap permintaan yang dibuat kita.

Yesus sebenarnya mengatakan bahawa bila anda meminta dalam doa, anda membuka talian komunikasi keluarga dan meletakkan diri pada kedudukan untuk mengalami hubungan dengan Bapa yang penyayang dan berbelas kasihan.

Apabila Allah menjawab doa anda secara dramatik, anda akan bertumbuh dalam pengetahuan akan kuasa-Nya dan perlindungan-Nya terhadap anda. Apabila Allah bekerja menurut jadual waktu-Nya daripada jadual waktu anda, anda akan mengetahui lebih mendalam lagi tentang kuasa pemeliharaan-Nya. Apabila Allah mengatakan tidak dan impian anda mati ataupun anda kehilangan seseorang yang rapat, anda akan mengenali Allah segala penghiburan yang bersedih bersama dengan anda. Jika anda ingin mengenali Allah sebagai Bapa, mulalah menyerang takhta syurga dengan doa meminta.

Hari 2Hari 4

Perihal Pelan

Praying For Your Elephant - Praying Bold Prayers

Membenam dalam pengembaraan kehidupan yang dipenuhi doa. Sertai Pastor Adam Stadtmiller dalam perjalanan mempelajari cara berdoa untuk perkara yang besar – gajah anda – sementara semakin intim dengan Allah. Pelan tujuh h...

More

Kami berterima kasih kepada David C Cook kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://www.dccpromo.com/praying_for_your_elephant/

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami