Salvation RiseSampel

Salvation Rise

HARI 3 DARIPADA 10

Our Great God (Allah Kita yang Besar)

Dengar "Our Great God" dan baca teks berikut:

Pernahkah anda berharap agar satu perkara boleh menyelesaikan semua masalah anda? Kita sering berpendapat bahawa semua kerisauan kita akan diselesaikan jika kita mempunyai lebih banyak wang, lebih banyak masa atau lebih banyak kawalan.

Gaji yang lebih besar atau lebih banyak masa tidak menyelesaikan segala sesuatu. Kita boleh berusaha dengan lebih giat, tetapi usaha kita sendiri tidak mengubah hidup kita secara kekal.

Mengikuti Yesus mengubah haluan kita, tetapi itu tidak bermaksud semua masalah kita akan lenyap dengan segera. Hari selepas anda memutuskan untuk mengikuti Yesus, anda akan mengalami kesukaran dan masih bergumul dengan dosa. Perbezaannya sekarang adalah anda berupaya mengatasinya melalui Yesus. Dia menyertai anda di tengah-tengah kesusahan anda.

Kelemahan kita tidak mengejutkan Allah. Dia mengetahui bahawa kita akan bergumul. Kita dapat menghadapi masa sukar bukannya melalui usaha kita, tetapi melalui kuasa Allah dalam kita.

Kita boleh berasa yakin bahawa Yesus menyertai kita dan adalah untuk kita. Dia berlawan bagi pihak kita menentang dosa. Daripada menghakimi atau menolak, kita boleh menjangkakan Allah akan menunjukkan kita kasih dan kebaikan kerana Dia tidak pernah berputus asa terhadap kita.

Apakah kesukaran yang anda hadapi pada hari ini? Mintalah Yesus untuk membantu anda melalui masa sukar ini.

Perihal Pelan

Salvation Rise

Salvation Rise melihat Alkitab yang mengilhamkan lagu-lagu pada album terbaru NewSpring Worship dengan lebih dekat. Ditulis untuk orang Kristian baru, pengajian 10 hari ini meraikan siapa Allah, perkara yang telah dilakukan-Nya, dan segala sesuatu yang dirancang-Nya untuk kita. Layari https://newspring.cc/music/salvation-rise untuk membeli album ini atau untuk memuat turun carta kod dan muzik iringan.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada NewSpring Church kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.newspring.cc