Salvation RiseSampel

Salvation Rise

HARI 2 DARIPADA 10

My God, My Father (Allahku, Bapaku)

Dengar "My God, My Father" dan baca teks berikut:

Anda mungkin mempunyai hubungan yang baik dengan bapa anda. Ataupun, anda tidak pernah berjumpanya. Walau macam mana sekalipun bapa anda, suatu hari nanti, setiap bapa pasti akan memungkiri janji, gagal melindungi keluarganya atau mengabaikan mereka sama sekali. Manusia tidak sempurna, tetapi Allah, Bapa, adalah sempurna.

Membuat keputusan untuk mengikuti Yesus bermaksud kita berhubungan dengan Allah sebagai Bapa kita. Dialah versi bapa yang terbaik, yang dapat kita bayangkan. Pertimbangkan rupa bapa yang sempurna. Bagaimanakah dia akan memperlakukan anak-anaknya?

Allah telah mencipta kita, Dialah yang paling mengenali kita, dan Dialah yang paling mengambil berat tentang kita. Dia melindungi kita dan membantu kita bertumbuh. Apabila kita menyeleweng, Allah mengingatkan kita dan mendisiplinkan kita untuk kebaikan kita sendiri. Allah tidak menolak kita apabila kita gagal. Kegagalan tidak dapat dielakkan, tetapi kasih Allah juga tidak dapat dielakkan.

Sesudah anda menyatakan kesanggupan untuk mengikuti Yesus, Allah akan sentiasa menjadi bapa anda dan anda akan sentiasa menjadi anak-Nya. Jika anda tidak lagi bercakap kepada bapa kandung anda esok, ia tidak mengubah kenyataan bahawa dia ialah bapa anda. Ini adalah sama bagi hubungan kita dengan Allah. Walaupun persekutuan kita itu terjejas, hubungan itu tidak berakhir.

Allah tidak putus asa dengan anak-Nya. Dia membantu kita melalui masa yang sukar dan membetulkan kita apabila kita memerlukannya. Tiada orang yang lebih baik untuk ditemui.

Adakah terdapat bahagian hidup anda yang belum diserahkan kepada Allah?

Perihal Pelan

Salvation Rise

Salvation Rise melihat Alkitab yang mengilhamkan lagu-lagu pada album terbaru NewSpring Worship dengan lebih dekat. Ditulis untuk orang Kristian baru, pengajian 10 hari ini meraikan siapa Allah, perkara yang telah dilakukan-Nya, dan segala sesuatu yang dirancang-Nya untuk kita. Layari https://newspring.cc/music/salvation-rise untuk membeli album ini atau untuk memuat turun carta kod dan muzik iringan.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada NewSpring Church kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.newspring.cc