Salvation RiseSampel

Salvation Rise

HARI 4 DARIPADA 10

The Height (Kemuncak)

Dengar "The Height" dan baca teks berikut:

Bilakah kali terakhir anda melihat matahari terbenam? Adakah anda masih ingat kali pertama anda melihat gunung atau lautan?
Kita berhenti dan merenung perkara yang mengagumkan kita. Allah merupakan artis yang sentiasa menunjukkan kepada kita sesuatu yang luar biasa tentang siapa Dia dan apa yang dilakukan-Nya.

Allah mahu kita untuk mengenali Dia lebih daripada yang kita ingin mengenali-Nya. Alam semula jadi adalah salah satu cara Allah menyatakan kemuliaan-Nya. Dia juga berbicara kepada kita melalui Alkitab dan orang lain yang mengikuti Yesus.

Terdapat banyak perkara untuk dipelajari tentang Allah. Dia membantu kita untuk mengetahui cara menjalankan kehidupan yang baik, cara melayani orang lain, cara mengasihi pasangan dan keluarga kita, cara mengatasi konflik. Memanglah menakjubkan bahawa Allah yang telah menciptakan alam semesta jugalah Dia yang ingin setiap seorang daripada kita untuk mengalami sukacita dan kepuasan hidup. Dan, sungguh mengagumkan bahawa Dia mengongsikan perkara-perkara ini bersama dengan kita dalam Alkitab.

Jika kita tidak membaca Alkitab dan belajar daripada orang Kristian yang lain, kita terlepas perkara yang Allah ingin kita tahu tentang Dia dan tentang kehidupan.

Apakah soalan yang anda ada tentang Allah? Siapakah yang boleh anda cari untuk membantu menjawabnya?

Perihal Pelan

Salvation Rise

Salvation Rise melihat Alkitab yang mengilhamkan lagu-lagu pada album terbaru NewSpring Worship dengan lebih dekat. Ditulis untuk orang Kristian baru, pengajian 10 hari ini meraikan siapa Allah, perkara yang telah dilakukan-Nya, dan segala sesuatu yang dirancang-Nya untuk kita. Layari https://newspring.cc/music/salvation-rise untuk membeli album ini atau untuk memuat turun carta kod dan muzik iringan.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada NewSpring Church kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.newspring.cc