Renungan pra-Paskah daripada Holy Bible: MosaicSampel

Devotions for Lent from Holy Bible: Mosaic

HARI 6 DARIPADA 46

Mengenal Pasti Ketidakpuasan Hati Musim pra-Paskah meneliti kesedihan Yesus pada hari-hari terakhir sebelum penyaliban-Nya. Semasa membaca tentang perbualan peribadi antara Yesus dan murid-murid-Nya di ruang atas, kita membayangkan kegembiraan persahabatan berserta kesedihan akan pengkhianatan seorang kawan yang akan berlaku. Apabila kita memasuki kegelapan penahanan, perbicaraan, dan pemukulan Yesus, kita menangis bersama orang Kristian pertama, dan dalam usaha kita untuk menyelamatkan Yesus daripada diri kita, kita berdukacita dalam pengkhianatan kita seperti Petrus. Tradisi pra-Paskah - korban 40 hari - adalah satu cara berkabung bagi kematian yang disebabkan oleh dosa dalam kehidupan kita. Semasa melihat Yesus menahan percubaan Iblis dengan sempurna di padang gurun, kita mengakui kelemahan kita, pengorbanan kita yang kurang. Tempoh "berserah" ini mempunyai cara yang mendalam untuk menyedarkan kita tentang keperluan mendesak kita akan Yesus Kristus.

Perihal Pelan

Devotions for Lent from Holy Bible: Mosaic

Renungan harian sepanjang 46 hari dalam musim pra-Paskah ini diadaptasikan daripada Holy Bible: Mosaic, ia memaparkan kutipan ayat, bacaan, dan petikan Alkitab untuk membantu memfokuskan fikiran anda pada Kristus. Sama ada anda tidak pasti tentang erti musim pra-Paskah atau anda telah mengamalkan pra-Paskah dan tahun gereja sepanjang hidup anda, anda pasti akan menghargai bacaan Alkitab dan wawasan renungan daripada orang-orang Kristian dari seluruh dunia dan sepanjang sejarah. Sertai kami dan gereja di seluruh dunia dalam menumpukan perhatian pada Yesus sepanjang minggu-minggu yang membawa kepada Paskah.

More

Kami bersyukur kepada Tyndale House Publishers atas kemurahan mereka untuk menyediakan Renungan pra-Paskah daripada Holy Bible: Mosaic. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Holy Bible: Mosaic, layari: www.tyndale.com/p/holy-bible-mosaic-nlt/9781414322056