Renungan pra-Paskah daripada Holy Bible: MosaicSampel

Apakah itu pra-Paskah?
Bagi sesetengah orang Kristian, pra-Paskah sentiasa menjadi sebahagian daripada kehidupan rohani mereka, manakala untuk orang lain ia mungkinlah asing. Pra-Paskah adalah musim yang membawa kepada Paskah, iaitu masa di mana orang Kristian, menurut sejarah, mempersiapkan hati mereka untuk Paskah dengan renungan, pertaubatan, dan doa. Pra-Paskah bermula dengan Rabu Abu dan berterusan selama 40 hari, tidak termasuk hari Ahad, dan kemuncaknya ialah Jumaat Agung dan Sabtu Suci. Memandangkan hari Ahad merupakan perayaan mingguan kebangkitan Yesus, enam hari Ahad semasa pra-Paskah tidak dikira sebagai sebahagian daripada musim 40 hari itu, yang memfokus pada introspeksi, penilaian kendiri, dan pertaubatan. Ramai orang Kristian memilih untuk berpuasa sepanjang musim pra-Paskah, tetapi fokusnya bukanlah untuk berpantang terhadap sesuatu tetapi mengabdikan diri kepada Allah dan rencana-Nya dalam dunia.
Pra-Paskah merupakan musim yang penting dalam tahun gereja. Tahun gereja merupakan cara yang baik untuk membantu menumpukan perhatian kita pada Allah melalui cara kita mengatur masa kita. Daripada mengikuti struktur biasa kalendar suria, yang diatur berasaskan ritma alam, kalendar gereja diatur berdasarkan Allah dan akitiviti-Nya dalam dunia ini. Kalendar gereja merangkumi enam musim yang berlainan tempohnya: Adven, Natal, Epifani, pra-Paskah, Paskah, dan Pentakosta. Setiap musim ini mempunyai fokus yang berbeza: Adven memfokus pada penantian kedatangan Allah ke dalam dunia, dalam penjelmaan serta kedatangan semula Kristus. Natal memfokus pada kelahiran Kristus. Epifani memfokus pada terang hadirat Allah yang menerangi dunia. Pra-Paskah memfokus pada dosa manusia dan penyelesaian melalui belas kasihan Allah. Paskah memfokus pada kebangkitan hidup. Pentakosta memfokus pada aktiviti berterusan Roh Kudus dalam dunia. Ritma tahunan musim-musim ini mempunyai kesan yang berkuasa ke atas pertumbuhan rohani peribadi dan komuniti.
Sekiranya anda menggemari renungan pra-Paskah ini, lihatlah Holy Bible: Mosaic, sebuah Alkitab bercetak yang merangkumi segala sesuatu yang akan dibaca dalam renungan ini di samping seni berwarna dan bacaan mingguan bagi tahun Gereja.
Perihal Pelan

Renungan harian sepanjang 46 hari dalam musim pra-Paskah ini diadaptasikan daripada Holy Bible: Mosaic, ia memaparkan kutipan ayat, bacaan, dan petikan Alkitab untuk membantu memfokuskan fikiran anda pada Kristus. Sama ada anda tidak pasti tentang erti musim pra-Paskah atau anda telah mengamalkan pra-Paskah dan tahun gereja sepanjang hidup anda, anda pasti akan menghargai bacaan Alkitab dan wawasan renungan daripada orang-orang Kristian dari seluruh dunia dan sepanjang sejarah. Sertai kami dan gereja di seluruh dunia dalam menumpukan perhatian pada Yesus sepanjang minggu-minggu yang membawa kepada Paskah.
More
Kami bersyukur kepada Tyndale House Publishers atas kemurahan mereka untuk menyediakan Renungan pra-Paskah daripada Holy Bible: Mosaic. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Holy Bible: Mosaic, layari: www.tyndale.com/p/holy-bible-mosaic-nlt/9781414322056