Renungan pra-Paskah daripada Holy Bible: MosaicSampel

Devotions for Lent from Holy Bible: Mosaic

HARI 8 DARIPADA 46

Pengorbanan Kosong (Eileen Button) Seperti ramai kanak-kanak Katolik, saya tidak memakan gula-gula sepanjang 40 hari pra-Paskah. Saya terkenang menuruni tangga secara senyap pada pagi Paskah, berharap akan disambut oleh coklat arnab Palmer yang menakjubkan. Setelah menahan musim pengorbanan yang menyeksakan ini, saya tidak sabar-sabar hendak menggigit-gigit telinga arnab yang panjang dan enak itu. Ada kalanya saya berasa hampa menemui coklat salib yang kosong di dalam bakul daripada arnab yang digemari. Terletak atas rumput plastik yang berwarna hijau dan dikelilingi jelly bean pastel adalah objek penyeksaan Penyelamat saya dalam versi coklat susu. Di tempat tubuh Kristus yang dipatahkan, salib itu mempunyai bunga buatan gula yang berwarna merah jambu dan kuning. Saya tidak dapat memakannya. Ia seolah-olah perbuatan kufur. Walaupun ia agak mustahil untuk menahan musim pra-Paskah yang panjang tanpa gula-gula, keremeh-temehan "pengorbanan" saya selalu mengejutkan saya apabila berhadapan dengan coklat salib itu pada pagi Paskah. Kanak-kanak juga bergumul dengan kenyataan pengorbanan besar Kristus. Musim pra-Paskah tahunan masih mengelirukan ramai orang. Menolak makanan kegemaran atau tabiat kita - walaupun untuk tempoh yang pendek - kelihatan agak ketinggalan zaman dalam budaya saya-mahukannya-sekarang kita. Pra-Paskah adalah kresendo muktamad yang membawa kepada bunyi janggal Jumaat Agung dan aria indah Ahad Paskah. Ia merupakan musim yang ditandakan kesengajaan. Namun kita sering menghalang niat terbaik kita. Semasa berpuasa daripada makanan atau teknologi (atau apa jua yang menarik hati kita dan mengancam mengambil alih tempat yang hanya dapat dipenuhi Allah) kita mungkin berasa megah atau bangga tentang pengorbanan kita. Hal yang kita lepaskan ada kalanya bergerak di dalam kita sebagai "keperluan" yang harus dipenuhi. Daripada memfokus pada Yesus Kristus, perhatian kita tertarik secara bahayanya kepada hal yang dilepaskan secara rela hati. Meskipun itu, amalan pra-Paskah adalah disiplin yang berharga. Adalah sukar untuk memahami apa yang dilakukan rasa kelayakan kita ke atas tubuh dan jiwa kita. Budaya kita menyembah kenikmatan, bersujud pada semua tawaran enaknya. Apabila kita "membahamnya," kita menjadi kurang peka terhadap keperluan kita - kelaparan sebenar - dalam kehidupan kita. Mengamalkan pra-Paskah boleh membantu kita bergumul dengan sebab di sebalik penggunaan berterusan kita. Apabila kita memutuskan untuk melepaskan sesuatu yang gagal betul-betul memuaskan, kita bersemuka dengan beberapa persoalan yang sukar. Bolehkah kita mempercayai Yesus apabila Dia mengatakan, "Manusia hidup bukan dari roti saja, tetapi dari setiap firman yang keluar dari mulut Allah"? Bagaimanakah kita dapat menyediakan ruang untuk Penyelamat dalam hidup kita yang terbenam dan berat? Bolehkah kita memahami realiti Jumaat Agung dan hidup dalam ironinya? Pra-Paskah mencabar kita untuk mempertimbangkan jawapan jujur kepada ini dan persoalan menyelami jiwa yang lain. Ia menjemput kita untuk meninggalkan roda penggunaan kita secara rela hati dan mengalami cubitan menahan diri daripada perbuatan menurut hati kita yang berterusan dan melulu. Ia berpotensi memberikan cuti yang amat diperlukan kepada diri kita yang kegila-gilaan material. Seperti ramai orang percaya, saya berpegang pada disiplin pra-Paskah tahunan dan terus melepaskan sesuatu yang saya gunakan. Saya menghargai musim penahanan diri, pencarian, dan penyataan. Setiap tahun, saya mempelajari sesuatu yang baru. Saya mungkin - dan masih - tersinggung oleh coklat salib yang kosong kerana ia menandakan hal yang kerapnya benar tentang kehidupan rohani kita. Apa yang kita lihat di luar mungkinlah cantik, tapi kita mungkinlah agak kosong. Sekali-sekala, realiti pengorbanan Yesus Kristus dan kuasa kasih-Nya menembusi hati kita yang keras. Kesedaran ini, seperti curahan air sejuk pada muka kita yang keletihan, menyebabkan kita tercungap-cungap. Bahagian jiwa kita yang kosong boleh dipenuhi.

Perihal Pelan

Devotions for Lent from Holy Bible: Mosaic

Renungan harian sepanjang 46 hari dalam musim pra-Paskah ini diadaptasikan daripada Holy Bible: Mosaic, ia memaparkan kutipan ayat, bacaan, dan petikan Alkitab untuk membantu memfokuskan fikiran anda pada Kristus. Sama ada anda tidak pasti tentang erti musim pra-Paskah atau anda telah mengamalkan pra-Paskah dan tahun gereja sepanjang hidup anda, anda pasti akan menghargai bacaan Alkitab dan wawasan renungan daripada orang-orang Kristian dari seluruh dunia dan sepanjang sejarah. Sertai kami dan gereja di seluruh dunia dalam menumpukan perhatian pada Yesus sepanjang minggu-minggu yang membawa kepada Paskah.

More

Kami bersyukur kepada Tyndale House Publishers atas kemurahan mereka untuk menyediakan Renungan pra-Paskah daripada Holy Bible: Mosaic. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Holy Bible: Mosaic, layari: www.tyndale.com/p/holy-bible-mosaic-nlt/9781414322056