Renungan pra-Paskah daripada Holy Bible: MosaicSampel

Cesar Chavez (USA, 1927-1993)
Tunjukkan saya penderitaan golongan yang paling sengsara;
Supaya saya akan mengetahui penderitaan bangsa saya.
Bebaskan saya untuk mendoakan orang lain;
Kerana Engkau hadir dalam setiap orang.
Bantulah saya untuk bertanggungjawab atas hidup saya;
Supaya saya akan bebas pada akhirnya.
Berikan saya keikhlasan dan kesabaran;
Supaya saya dapat bekerja dengan pekerja yang lain.
Bawakanlah nyanyian dan perayaan;
Supaya Roh akan hidup di kalangan kita.
Biarkanlah Roh berkembang dan bertumbuh;
Supaya kita tidak akan jemu dengan pergumulan itu.
Marilah kita mengingati mereka yang telah mati untuk keadilan;
Kerana mereka telah memberikan kita hidup.
Bantulah kami untuk mengasihi orang yang membencikan kami juga;
Supaya kami boleh mengubah dunia ini.
Amin.
Perihal Pelan

Renungan harian sepanjang 46 hari dalam musim pra-Paskah ini diadaptasikan daripada Holy Bible: Mosaic, ia memaparkan kutipan ayat, bacaan, dan petikan Alkitab untuk membantu memfokuskan fikiran anda pada Kristus. Sama ada anda tidak pasti tentang erti musim pra-Paskah atau anda telah mengamalkan pra-Paskah dan tahun gereja sepanjang hidup anda, anda pasti akan menghargai bacaan Alkitab dan wawasan renungan daripada orang-orang Kristian dari seluruh dunia dan sepanjang sejarah. Sertai kami dan gereja di seluruh dunia dalam menumpukan perhatian pada Yesus sepanjang minggu-minggu yang membawa kepada Paskah.
More
Kami bersyukur kepada Tyndale House Publishers atas kemurahan mereka untuk menyediakan Renungan pra-Paskah daripada Holy Bible: Mosaic. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Holy Bible: Mosaic, layari: www.tyndale.com/p/holy-bible-mosaic-nlt/9781414322056