Renungan pra-Paskah daripada Holy Bible: MosaicSampel

Devotions for Lent from Holy Bible: Mosaic

HARI 43 DARIPADA 46

Doa Kekuatan (Augustinus dari Hippo [Algeria, 354-430]) Ya Allah, pengharapan yang abadi, kita bersukacita kerana Engkau menyokong kita semasa kecil dan semasa tua sekalipun. Apabila kekuatan kita adalah daripada Engkau, ia memanglah kekuatan; tetapi apabila ia adalah kekuatan diri kita, ia adalah kelemahan. Dengan-Mu wujudnya penyegaran dan kekuatan sebenar.

Perihal Pelan

Devotions for Lent from Holy Bible: Mosaic

Renungan harian sepanjang 46 hari dalam musim pra-Paskah ini diadaptasikan daripada Holy Bible: Mosaic, ia memaparkan kutipan ayat, bacaan, dan petikan Alkitab untuk membantu memfokuskan fikiran anda pada Kristus. Sama ada anda tidak pasti tentang erti musim pra-Paskah atau anda telah mengamalkan pra-Paskah dan tahun gereja sepanjang hidup anda, anda pasti akan menghargai bacaan Alkitab dan wawasan renungan daripada orang-orang Kristian dari seluruh dunia dan sepanjang sejarah. Sertai kami dan gereja di seluruh dunia dalam menumpukan perhatian pada Yesus sepanjang minggu-minggu yang membawa kepada Paskah.

More

Kami bersyukur kepada Tyndale House Publishers atas kemurahan mereka untuk menyediakan Renungan pra-Paskah daripada Holy Bible: Mosaic. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Holy Bible: Mosaic, layari: www.tyndale.com/p/holy-bible-mosaic-nlt/9781414322056