Renungan pra-Paskah daripada Holy Bible: MosaicSampel

Harapan
Harapan kelihatan seperti kawan yang asing jika dipasangkan dengan iman, kasih dan sifat baik yang lain. Harapan merupakan jangkaan, keinginan untuk dipenuhi, tetapi ia kelihatan hanya untuk menjadikan kita bimbang pada saat ini. Kita berharap agar impian kita dikabulkan, namun tertanya-tanya apakah lagi harapan kita yang tinggal jika sudah dikabulkan. Ia hampir kelihatan kejam untuk memberitahu rakan bahawa anda menyayangi mereka, yakin terhadap mereka, mempunyai harapan terhadap mereka, seolah-olah mereka belum menjadi rakan baik seperti yang anda inginkan.
Tetapi Allah meyakinkan kita bahawa kita harus meletakkan harapan kita kepada-Nya dengan iman. Walaupun ia mungkin kelihatan seperti resepi untuk kekecewaan, seperti pengharapan duniawi kita, klasifikasi kebaikan dengan aspirasi yang mulia seperti iman dan kasih mengingatkan kita bahawa janji Allah benar-benar layak oleh harapan terdalam kita.
Perihal Pelan

Renungan harian sepanjang 46 hari dalam musim pra-Paskah ini diadaptasikan daripada Holy Bible: Mosaic, ia memaparkan kutipan ayat, bacaan, dan petikan Alkitab untuk membantu memfokuskan fikiran anda pada Kristus. Sama ada anda tidak pasti tentang erti musim pra-Paskah atau anda telah mengamalkan pra-Paskah dan tahun gereja sepanjang hidup anda, anda pasti akan menghargai bacaan Alkitab dan wawasan renungan daripada orang-orang Kristian dari seluruh dunia dan sepanjang sejarah. Sertai kami dan gereja di seluruh dunia dalam menumpukan perhatian pada Yesus sepanjang minggu-minggu yang membawa kepada Paskah.
More
Kami bersyukur kepada Tyndale House Publishers atas kemurahan mereka untuk menyediakan Renungan pra-Paskah daripada Holy Bible: Mosaic. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Holy Bible: Mosaic, layari: www.tyndale.com/p/holy-bible-mosaic-nlt/9781414322056