Renungan pra-Paskah daripada Holy Bible: MosaicSampel

Devotions for Lent from Holy Bible: Mosaic

HARI 42 DARIPADA 46

Watchman Nee (China, 1903-1972) Allah mesti membawa kita ke suatu detik - saya tidak dapat nyatakan caranya, tetapi Dia akan melakukannya - di mana kuasa semula jadi kita disentuh dan pada asasnya dilemahkan, melalui pengalaman mendalam dan gelap, supaya kita tidak lagi berani mempercayai diri sendiri. Dia terpaksa menangani sesetengah daripada kita secara keras, dan membawa kita melalui cara yang sukar dan menyakitkan, demi membawa kita ke sana... Pada akhirnya Dia boleh mula menggunakan kita. Kita berharap kematian dan kebangkitan boleh dilalui sekaligus dalam tempoh sejam. Kita tidak dapat menerima fikiran bahawa Allah akan mengetepikan kita untuk masa yang panjang; kita tidak sanggup tunggu. Dan saya tidak dapat memberitahu anda betapa lama Dia akan ambil, tetapi pada dasarnya saya rasa agak selamat mengatakan bahawa pasti ada suatu tempoh tetap yang Dia akan menempatkan anda di sana... Segalanya dalam kegelapan, namun hanya untuk semalam. Sesungguhnya ia adalah sepenuh malam, namun itu sahaja. Sesudah itu anda akan mendapati segala sesuatu dikembalikan kepada anda dalam kebangkitan yang mulia; dan tiada apa-apa yang boleh mengukur perbezaan antara perkara sebelumnya dan perkara semasa ini!

Perihal Pelan

Devotions for Lent from Holy Bible: Mosaic

Renungan harian sepanjang 46 hari dalam musim pra-Paskah ini diadaptasikan daripada Holy Bible: Mosaic, ia memaparkan kutipan ayat, bacaan, dan petikan Alkitab untuk membantu memfokuskan fikiran anda pada Kristus. Sama ada anda tidak pasti tentang erti musim pra-Paskah atau anda telah mengamalkan pra-Paskah dan tahun gereja sepanjang hidup anda, anda pasti akan menghargai bacaan Alkitab dan wawasan renungan daripada orang-orang Kristian dari seluruh dunia dan sepanjang sejarah. Sertai kami dan gereja di seluruh dunia dalam menumpukan perhatian pada Yesus sepanjang minggu-minggu yang membawa kepada Paskah.

More

Kami bersyukur kepada Tyndale House Publishers atas kemurahan mereka untuk menyediakan Renungan pra-Paskah daripada Holy Bible: Mosaic. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Holy Bible: Mosaic, layari: www.tyndale.com/p/holy-bible-mosaic-nlt/9781414322056