Renungan pra-Paskah daripada Holy Bible: MosaicSampel

Berpuasa dengan makna (Clyde Taber)
Berpuasa merupakan ayat yang asing bagi telinga kita. Kita rasa tidak suka, ragu-ragu, dan menolaknya. Kita mengelak daripadanya dengan berhati-hati seperti pemimpin agama melewati lelaki yang dipukul dalam perumpamaan oleh Yesus. Namun berpuasa merupakan sebahagian dari irama dan aliran kehidupan Gereja awal.
Yesus Kristus menegaskan dan menerima amalan Perjanjian Lama tentang berpuasa. ''Apabila engkau memberi sedekah'' (Matius 6:2), ''apa kamu berdoa'' (Matius 6:5), '' apabila kamu berpuasa'' (Matius 6:16) Dia ajarkan di bukit. Yesus menganggap bersedekah, berdoa, dan berpuasa adalah sebahagian daripada kehidupan rohani yang normal. Ini bukanlah elektif, tetapi sebahagian daripada ajaran teras dalam sekolah Kristus.
Berpuasa mendahului banyak titik perubahan yang hebat dalam sejarah manusia. Selepas Musa berpuasa, dia menerima loh yang mengubah pengetahuan kita tentang dosa dan rasa kebenaran dunia (Keluaran 34:28). Selepas Yesus berpuasa, cawan tersebut mula mengalir dengan anggur Perjanjian Baru (Matius 4:2) Selepas para pemimpin Gereja awal berpuasa, pergerakan Yesus tersebar ke luar sempadan Palestin (Kisah Para Rasul 13:2) Gereja Abad ke-20 di Asia berpuasa dan kini berkembang pada kadar yang belum pernah terjadi sebelumnya. Bapa suka memberi ganjaran kepada mereka yang berpuasa dengan hati yang suci (Matius 6:18).
Puasa mendahului tujuan dan tujuan harus mendahului puasa. Apabila kita berpuasa, kita harus menganggap ia sebagai ''mengetepikan'' masa untuk ''bermula.'' Kita menahan diri daripada makanan selama beberapa waktu untuk lebih fokus pada Kristus dan kerajaan-Nya. Puasa memerlukan pendirian teguh dan dedikasi. Kita mengambil masa untuk keluar dari kehidupan kita yang sibuk. Puasa adalah paling bermanfaat apabila disertai dengan pencarian, pengorbanan dan menabur kepada Roh dan bukannya daging. Ketika kita makan, kita memuaskan daging. Ketika kita berpuasa, kita mencapai di luar daging ke alam Roh.
Keberhasilan dalam berpuasa tidak dicapai dengan segera. Ia merupakan amalan yang ditingkatkan dengan masa dan pengalaman. Ketika kita masuk ke dalam musim puasa, Tuhan memberikan rahmat. Untuk seketika ia mengingatkan kita tentang kematian, dan kemudian Roh menterjemah ketiadaan makanan kepada erti kehidupan, cahaya dan pengertian.
Seperti Yesus Kristus yang tenang dalam perjalanannya ke Yerusalem, semoga kita juga mengikutinya dalam amalan ini. Bukan ''jika,'' tetapi ''ketika anda berpuasa.''
Perihal Pelan

Renungan harian sepanjang 46 hari dalam musim pra-Paskah ini diadaptasikan daripada Holy Bible: Mosaic, ia memaparkan kutipan ayat, bacaan, dan petikan Alkitab untuk membantu memfokuskan fikiran anda pada Kristus. Sama ada anda tidak pasti tentang erti musim pra-Paskah atau anda telah mengamalkan pra-Paskah dan tahun gereja sepanjang hidup anda, anda pasti akan menghargai bacaan Alkitab dan wawasan renungan daripada orang-orang Kristian dari seluruh dunia dan sepanjang sejarah. Sertai kami dan gereja di seluruh dunia dalam menumpukan perhatian pada Yesus sepanjang minggu-minggu yang membawa kepada Paskah.
More
Kami bersyukur kepada Tyndale House Publishers atas kemurahan mereka untuk menyediakan Renungan pra-Paskah daripada Holy Bible: Mosaic. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Holy Bible: Mosaic, layari: www.tyndale.com/p/holy-bible-mosaic-nlt/9781414322056