Renungan pra-Paskah daripada Holy Bible: MosaicSampel

Didache ("Teaching of the Twelve Apostles", kira-kira 90 TM.").
Janganlah kamu berpuasa seperti orang munafik; kerana mereka berpuasa untuk hari kedua dan hari kelima minggu itu; namun mereka juga berpuasa pada hari keempat dan Hari Persediaan (Jumaat). Jangan juga berdoa seperti orang munafik; seperti Yesus memerintah dalam Berita Baik-Nya, lebih-lebih lagi kita harus berdoa: Bapa kami yang di syurga,Engkaulah Allah yang Esa, Semoga Engkau memerintah di bumi, dan seperti di syurga, kehendak-Mu ditaati. Berilah kami makanan yang kami perlukan pada hari ini.Ampunkanlah kesalahan kami,seperti kami mengampuni orang yang bersalah terhadap kami. Janganlah biarkan kami kehilangan iman ketika dicubai,tetapi selamatkanlah kami daripada kuasa Si Jahat.[Engkaulah Raja yang berkuasa dan mulia untuk selama-lamanya. Amin.]’ Maka mereka berdoa tiga kali dalam satu hari.
Kitab
Perihal Pelan

Renungan harian sepanjang 46 hari dalam musim pra-Paskah ini diadaptasikan daripada Holy Bible: Mosaic, ia memaparkan kutipan ayat, bacaan, dan petikan Alkitab untuk membantu memfokuskan fikiran anda pada Kristus. Sama ada anda tidak pasti tentang erti musim pra-Paskah atau anda telah mengamalkan pra-Paskah dan tahun gereja sepanjang hidup anda, anda pasti akan menghargai bacaan Alkitab dan wawasan renungan daripada orang-orang Kristian dari seluruh dunia dan sepanjang sejarah. Sertai kami dan gereja di seluruh dunia dalam menumpukan perhatian pada Yesus sepanjang minggu-minggu yang membawa kepada Paskah.
More
Kami bersyukur kepada Tyndale House Publishers atas kemurahan mereka untuk menyediakan Renungan pra-Paskah daripada Holy Bible: Mosaic. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Holy Bible: Mosaic, layari: www.tyndale.com/p/holy-bible-mosaic-nlt/9781414322056