Renungan pra-Paskah daripada Holy Bible: MosaicSampel

Devotions for Lent from Holy Bible: Mosaic

HARI 34 DARIPADA 46

Puasa Bagi ramai orang Kristian, sudah menjadi kelaziman untuk berhenti menikmati sebarang keseronokan atau kegiatan kegemaran semasa musim Paska. Apabila kita ingin melakukan puasa, kita selalu memilih sesuatu yang kita berpendapat merupakan halangan bagi pertumbuhan kita dalam perhubungan dengan Yesus Kristus. Namun bentuk puasa yang tertua - berhenti daripada mengambil makanan atau mengamalkan pemakanan yang ketat - tidak dilakukan untuk menghapuskan keseronokan yang berdosa daripada kehidupan seseorang. Mungkin apabila kita semakin kehilangan maksud sebenar tentang puasa, kita juga tidak memahami apa yang sebenarnya boleh diperolehi dengan rela melepaskan perkara yang dianggap sebagai keperluan. Di sepanjang sejarah dalam Alkitab dan orang Kristian, ramai orang telah berpuasa untuk jangka masa yang wajar dan sihat. Benar, tindakan yang harus menyangkal pengambilan khasiat tidak akan disambut baik dalam budaya kita yang ingin mendapat kepuasan hati dengan segera. Namun, mungkinkah Tuhan ingin menyatakan sesuatu kepada kita, ketika kita mengamalkan sikap menahan diri untuk seketika?

Perihal Pelan

Devotions for Lent from Holy Bible: Mosaic

Renungan harian sepanjang 46 hari dalam musim pra-Paskah ini diadaptasikan daripada Holy Bible: Mosaic, ia memaparkan kutipan ayat, bacaan, dan petikan Alkitab untuk membantu memfokuskan fikiran anda pada Kristus. Sama ada anda tidak pasti tentang erti musim pra-Paskah atau anda telah mengamalkan pra-Paskah dan tahun gereja sepanjang hidup anda, anda pasti akan menghargai bacaan Alkitab dan wawasan renungan daripada orang-orang Kristian dari seluruh dunia dan sepanjang sejarah. Sertai kami dan gereja di seluruh dunia dalam menumpukan perhatian pada Yesus sepanjang minggu-minggu yang membawa kepada Paskah.

More

Kami bersyukur kepada Tyndale House Publishers atas kemurahan mereka untuk menyediakan Renungan pra-Paskah daripada Holy Bible: Mosaic. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Holy Bible: Mosaic, layari: www.tyndale.com/p/holy-bible-mosaic-nlt/9781414322056