Renungan pra-Paskah daripada Holy Bible: MosaicSampel

Devotions for Lent from Holy Bible: Mosaic

HARI 30 DARIPADA 46

Pandita Ramabai (India, 1858-1922) Beberapa tahun lalu saya diyakinkan bahawa kepercayaan saya hanyalah kepercayaan intelektual - kepercayaan di mana tidak ada kehidupan. Ia mencari keselamatan pada masa depan selepas kematian; dan akibatnya jiwa saya tidak "Berpindah dari dalam maut ke dalam hidup." Allah menunjukkan saya betapa sangat bahaya kedudukan saya, dan betapa celaka dan sesatnya saya sebagai pendosa, dan betapa perlunya memperoleh keselamatan pada waktu ini, dan bukan pada masa depan. Saya bertaubat segera; saya menjadi sangat tidak tenang dan hampir sakit dan melalui banyak hari tanpa tidur. Sehingga Roh Kudus menggenggam saya kerana saya tidak dapat bertenang sehingga saya menemui keselamatan dengan segera. Oleh itu saya berdoa dengan bersungguh-sungguh kepada Allah untuk mengampuni dosa-dosa saya demi Yesus Kristus dan menyedarkan saya bahawa saya benar-benar telah mendapat keselamatan melalui-Nya. Saya percaya janji Allah dan kata-kata-Nya, dan ketika saya telah melakukannya, beban saya hilang, dan saya sedar bahawa saya telah diampuni dan bebas dari kuasa dosa.

Perihal Pelan

Devotions for Lent from Holy Bible: Mosaic

Renungan harian sepanjang 46 hari dalam musim pra-Paskah ini diadaptasikan daripada Holy Bible: Mosaic, ia memaparkan kutipan ayat, bacaan, dan petikan Alkitab untuk membantu memfokuskan fikiran anda pada Kristus. Sama ada anda tidak pasti tentang erti musim pra-Paskah atau anda telah mengamalkan pra-Paskah dan tahun gereja sepanjang hidup anda, anda pasti akan menghargai bacaan Alkitab dan wawasan renungan daripada orang-orang Kristian dari seluruh dunia dan sepanjang sejarah. Sertai kami dan gereja di seluruh dunia dalam menumpukan perhatian pada Yesus sepanjang minggu-minggu yang membawa kepada Paskah.

More

Kami bersyukur kepada Tyndale House Publishers atas kemurahan mereka untuk menyediakan Renungan pra-Paskah daripada Holy Bible: Mosaic. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Holy Bible: Mosaic, layari: www.tyndale.com/p/holy-bible-mosaic-nlt/9781414322056