Info Pelan

Oswald Chambers: Kedamaian - Kehidupan dalam RohSampel

Oswald Chambers: Peace - Life in the Spirit

HARI 11 DARIPADA 30

Kedatangan Yesus Kristus bukanlah sesuatu yang aman, ia adalah sesuatu yang membimbangkan dan mengejutkan. Adakah saya sanggup dilahirkan di dunia Yesus Kristus? Jika ya, saya mesti bersedia untuk kekucar-kaciran segera di dunia saya. Pemerintahan yang mengantarai Allah dan manusia perlu dibayangi, dan kemasukan Yesus Kristus bermaksud kekucar-kaciran mutlak berhubungan dengan cara saya menilai sesuatu, menunggangbalikkan segala sesuatu. Susunan lama dan kedamaian lama mesti berlalu, dan kita tidak boleh mendapat semula kedamaian pada tahap lama.



Apabila Syaitan memerintah dalam hati manusia semula jadi di bawah inspirasi iblis, mereka tidak berasa risau, mereka rasa tenang, berakar berumbi dalam sifat keduniaan bersih (cf. Mazmur 73), dan sebelum Allah boleh memerintah dalam kerajaan manusia, Dia mesti menggulingkan pemerintahan palsu ini terlebih dahulu.



Soalan Renungan: Apakah kekucar-kaciran yang mesti saya harungi untuk memperoleh kedamaian? Apakah gangguan yang diperlukan untuk mengatasi susunan yang lama? Apakah pemerintahan palsu yang mesti digulingkan?



Petikan daripada Servant as His Lord, © Discovery House Publishers
Hari 10Hari 12

Perihal Pelan

Oswald Chambers: Peace - Life in the Spirit

Kedamaian: Kehidupan dalam Roh merupakan khazanah petikan yang memberikan ilham daripada karya Oswald Chambers, penulis renungan yang paling dikasihi di seluruh dunia dan pengarang My Utmost for His Highest. Menemukan ke...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Discovery House Publishers kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.utmost.org

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami