ROMA 6:18-19
ROMA 6:18-19 BM
Kamu sudah dibebaskan daripada dosa, lalu menjadi hamba kepada kehendak Allah. Kerana kamu susah memahami sesuatu, aku menggunakan contoh perhambaan. Dahulu kamu menyerahkan segenap diri kamu sebagai hamba kepada hal-hal keji dan jahat untuk tujuan yang jahat. Demikian juga sekarang kamu harus menyerahkan segenap diri sebagai hamba kepada kehendak Allah untuk tujuan-tujuan-Nya yang khas.





