MATIUS 9:18, 19, 20, 21, 22, 23, 24, 25, 26, 27, 28, 29, 30, 31, 32, 33, 34, 35, 36, 37, 38
MATIUS 9:21 BM
Wanita itu berkata dalam hati, “Asal sahaja aku menyentuh jubah-Nya, tentu aku akan sembuh.”
MATIUS 9:23 BM
Apabila Yesus tiba di rumah ketua itu, Dia melihat para pemain muzik perkabungan dan semua orang di situ kecoh.
MATIUS 9:24 BM
Dia berkata, “Keluarlah kamu semua! Anak ini tidak mati; dia hanya tidur.” Mereka mula mentertawakan Yesus.
MATIUS 9:29 BM
Lalu Yesus menjamah mata mereka sambil berkata, “Kerana kamu percaya, berlakulah apa yang kamu harapkan!”
MATIUS 9:30 BM
Lalu mereka dapat melihat. Yesus berpesan kepada mereka dengan tegas, “Jangan beritahukan hal ini kepada sesiapa pun.”
MATIUS 9:32 BM
Apabila kedua-dua orang itu pergi, beberapa orang membawa seorang bisu kepada Yesus. Orang itu bisu kerana dirasuk roh jahat.
MATIUS 9:34 BM
Tetapi orang Farisi berkata, “Ketua roh jahatlah yang memberikan kuasa kepada Yesus untuk mengusir roh jahat.”
MATIUS 9:37 BM
Yesus berkata kepada pengikut-pengikut-Nya, “Tuaian sungguh banyak, tetapi penuai hanya sedikit.
MATIUS 9:38 BM
Berdoalah kepada pemilik tuaian itu supaya menghantar pekerja untuk mengumpulkan tuaian.”