MATIUS 8:1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 9, 10, 11, 12, 13, 14, 15
MATIUS 8:5 BM
Apabila Yesus masuk ke Kapernaum, seorang ketua askar Roma menjumpai Dia lalu memohon kepada-Nya
MATIUS 8:6 BM
“Tuan, orang suruhan saya sakit di rumah, dia terbaring di katil dan tidak dapat bergerak. Dia sangat menderita.”
MATIUS 8:14 BM
Yesus pergi ke rumah Petrus. Di situ Dia melihat ibu mentua Petrus sedang berbaring di tempat tidur kerana demam.
MATIUS 8:15 BM
Yesus menjamah tangannya, lalu demamnya hilang dengan serta-merta. Dia pun bangun lalu mula melayani Yesus.