MATIUS 5:1, 2, 3, 4, 6, 7, 8, 9, 10, 11, 12, 13, 14, 15, 16, 17, 18, 19, 20
MATIUS 5:3 BM
“Berbahagialah orang yang sedar bahawa mereka memerlukan Allah, merekalah yang menikmati Pemerintahan Allah!
MATIUS 5:6 BM
Berbahagialah orang yang betul-betul mahu melakukan kehendak Allah, Allah akan memuaskan mereka!
MATIUS 5:9 BM
Berbahagialah orang yang membawa kedamaian antara manusia, Allah akan menyebut mereka anak-anak-Nya!
MATIUS 5:10 BM
Berbahagialah orang yang menderita penganiayaan kerana melakukan kehendak Allah, merekalah yang menikmati Pemerintahan Allah!
MATIUS 5:11 BM
Berbahagialah kamu apabila orang menghina, menganiaya, dan memfitnah kamu kerana kamu pengikut-Ku.
MATIUS 5:14 BM
Kamu bagaikan cahaya bagi dunia. Kota yang terletak di atas bukit tidak dapat disembunyikan.