LUKAS 1:25, 26, 27, 28, 29, 30, 31, 32, 33, 34, 35, 36, 37, 38, 39, 40, 41, 42, 43, 44, 45
LUKAS 1:26 BM
Setelah Elisabet mengandung enam bulan, Allah mengutus malaikat Gabriel ke Nasaret, sebuah kota di negeri Galilea.
LUKAS 1:29 BM
Maria gelisah mendengar kata-kata malaikat itu dan dia tertanya-tanya tentang makna salam itu.
LUKAS 1:30 BM
Malaikat itu berkata kepadanya, “Janganlah takut, Maria, kerana Allah berkenan kepada engkau.
LUKAS 1:31 BM
Engkau akan mengandung, lalu melahirkan seorang anak lelaki. Hendaklah engkau menamakan Dia Yesus.
LUKAS 1:33 BM
Dia akan memerintah sebagai raja keturunan Yakub untuk selama-lamanya. Kerajaan-Nya tidak akan berakhir.”
LUKAS 1:34 BM
Maria berkata kepada malaikat itu, “Aku masih dara. Bagaimanakah perkara ini boleh berlaku?”
LUKAS 1:36 BM
Ketahuilah, sanakmu Elisabet yang dikatakan mandul, sudah mengandung enam bulan, walaupun umurnya sudah lanjut.
LUKAS 1:39 BM
Tidak lama kemudian, Maria segera berangkat ke sebuah kota di Yudea, di kawasan pergunungan.
LUKAS 1:41 BM
Ketika Elisabet mendengar salam Maria, anak dalam kandungannya bergerak. Elisabet dikuasai oleh Roh Allah
LUKAS 1:42 BM
lalu dia berseru, “Berbahagialah kamu antara semua wanita! Berbahagialah anak yang akan kamu lahirkan itu!
LUKAS 1:43 BM
Mengapakah penghormatan yang sebesar ini diberikan kepadaku, sehingga ibu Tuhanku datang melawat aku?
LUKAS 1:44 BM
Sebaik sahaja aku mendengar salammu, anak dalam kandunganku bergerak kerana bersukacita.
LUKAS 1:45 BM
Alangkah bahagianya kamu kerana percaya bahawa apa yang dikatakan oleh Tuhan kepadamu akan berlaku!”