YOHANES 9:13-14, 15, 16, 17, 18, 19, 20, 21, 22, 23, 24, 25, 26, 27, 28, 29, 30, 31, 32, 33, 34, 35, 36, 37, 38, 39, 40, 41
YOHANES 9:13-14 BM
Yesus meliat tanah dan mencelikkan mata seorang buta pada hari Sabat. Oleh itu, orang yang tadinya buta dibawa kepada beberapa orang Farisi.
YOHANES 9:18 BM
Para penguasa Yahudi tidak mahu percaya bahawa dahulu dia buta tetapi sekarang dapat melihat. Oleh itu mereka memanggil ibu bapanya
YOHANES 9:26 BM
Mereka bertanya lagi, “Apa yang dilakukannya kepadamu? Bagaimanakah dia mencelikkan matamu?”
YOHANES 9:29 BM
Kami tahu bahawa Allah berfirman kepada Musa, tetapi tentang orang itu kami tidak tahu dari mana asalnya.”
YOHANES 9:30 BM
Orang itu berkata, “Sungguh menghairankan! Tuan-tuan tidak mengetahui asalnya, namun dia sudah mencelikkan mata saya!
YOHANES 9:32 BM
Sejak permulaan dunia, orang belum pernah mendengar berita tentang seorang yang dapat mencelikkan mata orang yang buta sejak lahir.
YOHANES 9:33 BM
Jika orang ini tidak berasal daripada Allah, dia tidak akan dapat melakukan apa-apa.”
YOHANES 9:36 BM
Orang itu menjawab, “Tuan, siapakah Dia? Tolong beritahu supaya saya boleh percaya kepada-Nya.”
YOHANES 9:37 BM
Yesus berkata kepadanya, “Kamu sudah melihat Dia. Dialah yang bercakap dengan kamu sekarang ini.”
YOHANES 9:40 BM
Beberapa orang Farisi di situ mendengar kata-kata Yesus, lalu bertanya kepada-Nya, “Maksudmu kami ini buta juga?”
YOHANES 9:41 BM
Yesus menjawab, “Jika kamu buta, kamu tidak berdosa. Tetapi kerana kamu berkata bahawa kamu melihat, maka kamu masih berdosa.”