YOHANES 3:1, 2, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10, 11, 12, 13, 14, 15, 16, 17, 18, 19, 20, 21
YOHANES 3:6 BM
Secara jasmani manusia dilahirkan oleh manusia, tetapi secara rohani manusia dilahirkan oleh Roh Allah.
YOHANES 3:7 BM
Janganlah hairan kerana Aku berkata kepadamu bahawa kamu semua mesti dilahirkan semula!
YOHANES 3:10 BM
Yesus menjawab, “Kamu guru terkenal di Israel. Adakah kamu tidak mengetahui perkara ini?
YOHANES 3:13 BM
Tidak seorang pun pernah naik ke syurga, kecuali Anak Manusia yang turun dari syurga.
YOHANES 3:14 BM
Sebagaimana ular gangsa ditinggikan oleh Musa pada sebatang kayu di padang gurun, begitu jugalah Anak Manusia harus ditinggikan
YOHANES 3:17 BM
Allah mengutus Anak-Nya ke dunia ini bukan untuk menghakimi dunia, tetapi untuk menyelamatkannya.
YOHANES 3:20 BM
Sesiapa yang melakukan kejahatan membenci cahaya, dan tidak mahu datang kepada cahaya, supaya perbuatannya yang jahat tidak kelihatan.