YEREMIA 20:8-9
YEREMIA 20:8-9 BM
Setiap kali aku berkata-kata, aku mesti berteriak sekuat-kuatnya, “Keganasan! Kemusnahan!” Ya TUHAN, aku diejek dan dihina setiap waktu, kerana aku menyampaikan perkhabaran-Mu. Tetapi apabila aku berkata, “Biarlah aku melupakan TUHAN, aku tidak mahu berucap demi nama-Nya lagi,” maka perkhabaran-Mu bagaikan api yang membara dalam hati sanubari. Aku telah cuba menahannya, tetapi aku tidak berdaya.





