Aku bersyukur kepada Kristus Yesus Tuhan kita, yang sudah memberi aku kekuatan untuk menjalankan pekerjaanku. Aku berterima kasih kepada-Nya, kerana Dia menganggap aku layak, dan telah melantik aku untuk melakukan tugas itu, meskipun dahulu aku mengkufuri, menganiaya dan menghina Dia. Tetapi Allah mengasihani aku, kerana pada waktu itu aku tidak percaya kepada Kristus, sehingga aku tidak tahu apa yang aku lakukan. Tetapi Tuhan kita melimpahkan rahmat-Nya kepadaku. Dia membolehkan aku percaya kepada-Nya dan mengasihi orang lain, kerana hidup bersatu dengan Kristus Yesus. Pernyataan ini sungguh benar dan harus diterima serta dipercayai sepenuhnya: Kristus Yesus datang ke dunia untuk menyelamatkan orang berdosa. Akulah yang paling jahat, tetapi justeru kerana itulah Allah mengasihani aku, supaya Kristus Yesus dapat menunjukkan kesabaran dengan sepenuhnya terhadap aku, orang yang paling berdosa. Hal ini menjadi contoh untuk semua orang yang kelak akan percaya kepada-Nya dan mendapat hidup sejati dan kekal.
Read 1 TIMOTIUS 1
Share
Compare All Versions: 1 TIMOTIUS 1:12-16
Save verses, read offline, watch teaching clips, and more!
YouVersion uses cookies to personalize your experience. By using our website, you accept our use of cookies as described in our Privacy Policy
Home
Bible
Plans
Videos