YouVersion Logo
Search Icon

Roma 12:14-21

Roma 12:14-21 AVB

Pohonlah berkat bagi orang yang menganiaya kamu, dan jangan kutuk mereka. Bergembiralah dengan orang yang bergembira, dan menangislah dengan orang yang menangis. Bersatu hatilah sesama kamu. Jangan tinggi hati, sebaliknya bergaullah dengan golongan yang sederhana. Jangan anggap dirimu bijaksana. Jangan balas kejahatan dengan kejahatan. Perhatikan apa yang baik di mata semua orang. Setakat yang mungkin, jika dalam keupayaanmu, hiduplah dalam damai dengan semua manusia. Saudara-saudara yang kukasihi, janganlah berusaha membalas dendam, serahkanlah kepada kemurkaan Allah, kerana telah tersurat: “Pembalasan adalah hak-Ku. Akulah yang akan membalas,” demikian firman Tuhan. Oleh itu, “Jika musuhmu lapar, berilah dia makan; jika dia dahaga, beri dia minum; Kerana dengan berbuat demikian, kamu menimbunkan bara api ke atas kepalanya.” Jangan ditewaskan oleh kejahatan, tetapi tewaskanlah kejahatan dengan kebaikan.