Wahyu 14:9-11
Wahyu 14:9-11 AVB
Mereka diikut oleh satu lagi malaikat yang berkata dengan suara lantang, “Jika sesiapa menyembah binatang itu dan patungnya, dan menerima tandanya di atas dahi atau tangan, dia juga akan minum air anggur kemurkaan Allah, yang dituangkan tanpa ditambah air ke dalam cawan murka-Nya itu. Dia akan dikenakan azab api dan belerang di hadapan para malaikat yang suci dan di hadapan Anak Domba. Asap api yang menyeksa mereka itu akan naik berkepul-kepul selama-lamanya. Mereka tidak akan berehat siang malam, kerana mereka menyembah binatang itu dan patungnya serta menerima tanda namanya.”





