YouVersion Logo
Search Icon

Mazmur 68:1-10

Mazmur 68:1-10 AVB

Semoga Allah bangkit, semoga musuh-Nya bertempiaran; semoga semua yang membenci-Nya lari daripada-Nya. Seperti angin meniup asap, Ya Allah usirkan mereka; seperti lilin dilebur oleh api, semoga orang zalim binasa di hadapan Allah. Biar orang yang benar bersukacita; biar mereka bergembira di hadapan Allah; ya, biar mereka bergembira tidak terhingga. Menyanyilah untuk Allah, nyanyikan pujian untuk nama-Nya, sanjungi Dia yang memerintah awan — nama-Nya TUHAN — bergembiralah di hadirat-Nya. Dialah bapa kepada anak yatim, pelindung kepada balu, Dialah Allah di tempat bersemayam-Nya yang suci. Allah meletakkan mereka yang sebatang kara dalam lingkungan keluarga, Dia melepaskan mereka yang terikat dan memberi mereka kemakmuran; tetapi orang yang memberontak akan menetap di tanah tandus. Ya Allah, apabila Engkau memimpin umat-Mu, Engkau menyeberangi gurun, Sela bumi bergempa, langit menurunkan hujan kerana kehadiran Allah, Sinai terharu dengan kedatangan Allah, Allah Israel. Engkau, ya Allah, menghantar hujan lebat; untuk mengesahkan warisan pusaka-Mu, umat-Mu yang lesu menderita. Umat-Mu tinggal di situ, Engkau, ya Allah, memberi rahmat-Mu kepada mereka yang miskin melarat.

Related Videos