YouVersion Logo
Search Icon

Mazmur 6:4-10

Mazmur 6:4-10 AVB

Berpalinglah semula kepadaku, ya TUHAN, dan lepaskan aku; selamatkan aku kerana kasih setia-Mu. Tiada sesiapa mengingati-Mu setelah dia mati. Siapa yang memuji-Mu dari kubur? Aku letih lesu kerana mengerang; sepanjang malam kubanjiri tempat tidurku dengan tangisan dan kubasahi katilku dengan air mata. Mataku menjadi lemah kerana kesedihan; dan semakin kelam kerana musuhku. Nyahlah dari sisiku, hai kamu yang berbuat jahat, kerana TUHAN telah mendengar ratapanku. TUHAN telah mendengar jeritanku memohon belas kasihan; TUHAN menerima doaku. Semua musuhku akan malu dan kecewa; mereka akan berpatah balik dalam keaiban yang tiba-tiba.

Related Videos