YouVersion Logo
Search Icon

Mazmur 59:9-17

Mazmur 59:9-17 AVB

Ya, Kekuatanku, aku akan menanti-Mu dengan penuh keyakinan; ya Allah Yang Maha Kuasa, Allah Pelindungku. Allah yang mengasihiku akan datang kepadaku. Allah akan menunaikan permohonanku tentang musuhku. Jangan terus matikan mereka, takut nanti kaumku lupa. Pecah belahkan mereka dengan kekuasaan-Mu, dan jatuhkan mereka, ya Tuhan, perisai pelindung kami. Kerana kelancangan mulut mereka, melemparkan kata-kata berdosa, biarlah mereka disambar di tengah-tengah keangkuhan mereka. Dan kerana mereka menyumpah dan berdusta, musnahkan mereka dalam kemurkaan-Mu, musnahkan mereka, supaya mereka tidak wujud lagi. Dan tunjukkan bahawa Allah memerintah dalam Yakub, dan setiap pelosok bumi. Sela Pada waktu senja mereka datang lagi, mereka menderam seperti anjing, dan mengelilingi kota. Mereka merayau-rayau mencari makanan dan melolong jika tidak kenyang. Tetapi aku akan menyanyi tentang kekuasaan-Mu, ya, aku akan menyanyi setiap pagi dengan nyaring tentang kasih-Mu; kerana Engkau pelindungku, dan penaungku pada waktu kesusahan. Untuk-Mu, ya Allah, kekuatanku, aku akan menyanyikan puji-pujian; kerana Allah Pelindungku, Allah yang mengasihiku.

Related Videos

Free Reading Plans and Devotionals related to Mazmur 59:9-17