Mazmur 18:1-2, 16-19
Mazmur 18:1-2 AVB
Aku mengasihi-Mu, ya TUHAN, Engkaulah kekuatanku. TUHAN ialah batu pejalku, kubuku dan penyelamatku; Allahku batu pejalku, kepada-Nya aku berlindung. Dialah perisaiku, tanduk penyelamatanku, benteng pertahananku.
Mazmur 18:16-19 AVB
Dia menghulurkan tangan-Nya dari langit, Dia menarikku keluar daripada pelbagai bencana yang menenggelamkan. Dia menyelamatkanku daripada musuhku yang kuat, daripada mereka yang membenciku, kerana mereka terlalu perkasa bagiku. Mereka menyerangku ketika aku dalam kesusahan, tetapi TUHAN menolongku. Dia membawaku ke tempat yang luas; Dia menyelamatkanku kerana Dia berkenan kepadaku.