Mazmur 119:49-56
Mazmur 119:49-56 AVB
Ingatlah firman-Mu kepada hamba-Mu, dengannya Engkau telah memberiku harapan. Inilah yang melipurkan aku dalam kesakitanku: Firman-Mu memberiku hidup. Orang yang sombong mentertawakan aku, namun aku tidak berpaling daripada hukum-Mu. Aku ingat akan hukum-hukum-Mu dahulu, Ya TUHAN, dan aku melipurkan diriku. Kemarahan telah memenuhiku kerana orang zalim, yang meninggalkan hukum-Mu. Ketetapan-Mu telah menjadi nyanyianku dalam perjalanan ibadatku. Aku ingat akan nama-Mu pada waktu malam, Ya TUHAN, dan aku mematuhi hukum-Mu. Ini telah menjadi milikku: kerana aku telah mematuhi ajaran-ajaran-Mu.





