YouVersion Logo
Search Icon

Mazmur 119:169-176

Mazmur 119:169-176 AVB

Biarlah seruanku datang ke hadirat-Mu, ya TUHAN; berilah aku pengertian menurut firman-Mu. Biarlah permohonanku datang ke hadirat-Mu; selamatkanlah aku menurut janji-Mu. Bibirku akan melafazkan pujian, kerana Engkau mengajarku ketetapan-Mu. Lidahku akan bertutur tentang firman-Mu, kerana semua perintah-Mu ialah kebenaran. Biarlah tangan-Mu menolongku, kerana aku telah memilih ajaran-ajaran-Mu. Aku merindui penyelamatan-Mu, ya TUHAN, dan hukum-Mu kebahagiaanku. Biarlah jiwaku hidup, maka ia akan memuji-Mu, dan biarlah hukum-hukum-Mu menolongku. Aku telah tersesat seperti domba yang hilang. Carilah hamba-Mu, kerana aku tidak melupakan perintah-perintah-Mu.