Mazmur 119:159-168
Mazmur 119:159-168 AVB
Pertimbangkanlah betapa aku mencintai ajaran-ajaran-Mu; pulihkanlah hidupku, ya TUHAN, dengan kasih-Mu. Seluruh firman-Mu benar; dan seluruh hukum-Mu yang benar kekal selama-lamanya. Raja-raja menganiaya aku tanpa sebab, tetapi hatiku mengagumi firman-Mu. Aku bergembira dengan janji-Mu umpama orang yang menjumpai harta yang amat bernilai. Aku benci dan jijik kepada pendustaan tetapi aku mencintai hukum-Mu. Tujuh kali sehari aku memuji-Mu kerana hukum-hukum-Mu yang benar. Sungguh besar kesejahteraan mereka yang mencintai hukum-Mu, dan tiada suatu pun menyebabkan mereka tergelincir. Ya, TUHAN, aku mengharapkan penyelamatan-Mu, dan aku menjalankan perintah-perintah-Mu. Jiwaku mematuhi peraturan-Mu, dan aku sungguh mencintainya. Aku mematuhi ajaran-ajaran-Mu dan peraturan-Mu, kerana semua langkahku terbentang di hadapan-Mu.