YouVersion Logo
Search Icon

Mazmur 109:6-9, 26-29

Mazmur 109:6-9 AVB

Letakkanlah dia di bawah kuasa orang durjana; dan biarlah seorang pendakwa berdiri di sebelah tangan kanannya. Apabila dia dihakimi, biarlah dia didapati bersalah, dan biarlah doanya menjadi hukuman. Biarlah umurnya pendek; dan orang lain mengambil jawatan kepimpinannya. Biarlah anak-anaknya menjadi anak yatim dan isterinya menjadi balu.

Mazmur 109:26-29 AVB

Tolonglah aku, ya TUHAN, Allahku; selamatkanlah aku demi kasih-Mu. Supaya mereka tahu bahawa ini kerja tangan-Mu, bahawa Engkau, ya TUHAN, yang melakukannya. Biarlah mereka menyumpah, tetapi Engkau memberkati; apabila mereka bangkit, biarlah mereka berasa malu, tetapi biarlah hamba-Mu bergembira. Biarlah pendakwa-pendakwaku disaluti malu, biarlah mereka melitupi tubuh dengan keaiban seperti jubah.

Video for Mazmur 109:6-9,26-29

Free Reading Plans and Devotionals related to Mazmur 109:6-9, 26-29