YouVersion Logo
Search Icon

Amsal 24:15-22

Amsal 24:15-22 AVB

Jangan membidik kediaman orang benar seperti orang durjana, jangan rosakkan tempat tinggalnya. Walaupun orang benar jatuh tujuh kali, dia akan bangkit lagi, tetapi orang durjana dimusnahkan oleh malapetaka. Jangan bersuka ria ketika musuhmu jatuh, dan janganlah hatimu gembira ketika dia tersandung, supaya jangan TUHAN melihat hal itu dan berasa tidak senang, sehingga Dia memalingkan murka-Nya daripada orang itu. Jangan sebal hati kerana orang yang berbuat jahat, dan jangan iri hati terhadap orang yang durjana, kerana tidak ada masa depan bagi orang yang jahat, dan pelita orang yang durjana akan padam. Hai anakku, takutlah kepada TUHAN dan raja, dan jangan bergabung dengan para pemberontak, kerana kedua-duanya dapat menimbulkan bencana dengan tiba-tiba, dan siapa yang tahu kemalangan apa yang datang daripada kedua-duanya?