Filipi 2
2
Mencontohi kerendahan hati Kristus
1Oleh itu, jika ada galakan kerana bersatu dalam Kristus, jika ada penghiburan hati kerana kasih-Nya, jika ada keakraban dalam Roh, jika ada lemah lembut dan belas kasih, 2sempurnakanlah kebahagiaanku dengan berkeadaan sejiwa, mempunyai kasih yang sama, sepakat dan bersatu hati. 3Janganlah lakukan apa pun kerana kepentingan diri sendiri atau keangkuhan. Dalam kerendahan hati biarlah setiap orang menganggap yang lain lebih tinggi daripada dirinya. 4Tiap-tiap seorang daripada kamu janganlah menjaga kepentingan diri sahaja, jagalah juga kepentingan orang lain.
5Hendaklah ada dalam dirimu pemikiran yang ada dalam Kristus Yesus:
6Dia yang sekalipun dalam bentuk Allah,
tidak menganggap kesetaraan dengan Allah sesuatu yang harus dipertahankan,
7tetapi Dia telah mengetepikan martabat diri-Nya,
mengambil bentuk seorang hamba,
dan datang dengan rupa manusia.
8Dalam keadaan sebagai manusia,
Dia telah merendahkan diri-Nya
dan taat hingga kepada kematian,
bahkan kematian di salib!
9Itulah sebabnya Allah sangat meninggikan-Nya
dan menganugerahkan kepada-Nya nama yang di atas segala nama,
10 # Yes 45:23. supaya kepada nama Yesus segala-galanya bertelut,
segala isi langit, bumi dan yang di bawah bumi,
11dan semua lidah mengaku bahawa Yesus Kristus ialah Tuhan,
untuk mendatangkan kemuliaan kepada Allah Bapa.
Menyerlah seperti bintang
12Oleh itu, saudara-saudara yang dikasihi, sebagaimana kamu sentiasa taat, hendaklah kamu mengerjakan penyelamatanmu sendiri dengan takut dan gementar, bukan sahaja ketika aku ada bersamamu malah lebih-lebih lagi sekarang sewaktu aku jauh daripadamu. 13Kerana Allah yang bekerja dalam dirimu, menyebabkan kamu berkehendak dan menjalankan kerja untuk keredaan-Nya.
14Dalam segala perbuatanmu janganlah bersungut-sungut dan berbantah-bantah, 15#Ul 32:5.supaya dirimu tidak beraib dan bersalah, dan kamu menjadi anak-anak Allah yang tidak bercela antara manusia. Dalam zaman yang penuh tipu daya dan perbuatan songsang, maka terserlahlah kamu seperti bintang dalam dunia, 16berpegang teguh pada firman yang memberikan kehidupan. Dengan demikian aku dapat bersukacita pada hari Kristus kerana hidup dan usahaku tidak sia-sia.
17Walaupun sekiranya aku dicurahkan seperti minuman yang dipersembahkan sebagai korban dan khidmat imanmu, aku berbahagia dan bersukacita bersama kamu semua. 18Demikian jugalah kamu harus bahagia dan bersukacita bersamaku.
Timotius dan Epafroditus
19Dalam Tuhan Yesus aku berharap akan dapat mengutus Timotius kepadamu dengan segera, supaya hatiku dihiburkan apabila mengetahui segala hal ehwalmu. 20Kerana tiada seorang bersamaku yang sama sepertinya dan bersungguh-sungguh mengambil berat tentang hal ehwalmu. 21Semua orang mementingkan hal sendiri, tetapi bukan hal yang kepunyaan Yesus Kristus. 22Tetapi kamu mengetahui kelakuannya yang sudah teruji, seperti anak dengan bapa dia berkhidmat bersamaku dalam penyebaran Injil. 23Oleh itu, aku berharap akan mengutusnya dengan segera, sebaik-baik aku mengetahui bagaimana keadaanku. 24Tetapi aku yakin dalam Tuhan bahawa aku pun akan datang tidak lama lagi.
25Namun demikian, aku merasakan perlu menghantar kepadamu Epafroditus, saudaraku, rakan sekerja dan seperjuanganku, pesuruhmu yang telah melayaniku dalam keadaanku yang serba kekurangan. 26Sememangnya, dia merindui kamu semua, dan berasa susah hati disebabkan kamu telah mendengar bahawa dia sakit. 27Memang benar dia sakit, hampir mati, tetapi Allah berbelas kasihan kepadanya, bukan hanya dia tetapi aku juga, supaya kesedihanku tidak bertimpa-timpa. 28Oleh itu, aku menghantarnya dengan rela dan segera, supaya kamu bersukacita dapat bertemu lagi dengannya, dan supaya aku juga kurang khuatir. 29Sambutlah dia dalam Tuhan dengan sepenuh sukacita, dan hormatilah orang yang sedemikian. 30Kerana untuk pekerjaan Kristus dia hampir mati, mempertaruhkan nyawanya untuk menyempurnakan apa-apa yang kurang dalam layananmu kepadaku.
Currently Selected:
Filipi 2: AVB
Highlight
Copy
Compare
Share
Want to have your highlights saved across all your devices? Sign up or sign in
Alkitab Versi Borneo
Hak cipta © 2015 Borneo Sabda Limited
FILIPI 2
2
Kerendahan Hati Kristus dan Kebesaran-Nya
1Kerana kamu hidup bersatu dengan Kristus, kamu dikuatkan. Kerana Kristus mengasihi kamu, kamu dihiburkan. Kamu dipimpin oleh Roh Allah,#Kamu dipimpin oleh Roh Allah; atau Roh Allah sudah menyebabkan kamu hidup rukun. dan kamu saling mengasihi serta saling berbelas kasihan. 2Aku berharap saudara semua dapat benar-benar menyenangkan hatiku dengan hidup seia sekata, saling mengasihi dengan kasih yang sama dan mempunyai fikiran serta tujuan yang sama. 3Janganlah lakukan sesuatu bagi kepentingan diri sendiri, atau kerana hendak menyombongkan diri. Sebaliknya dengan rendah hati, anggaplah orang lain lebih baik daripada diri sendiri. 4Utamakan kepentingan orang lain, jangan hanya kepentingan diri sendiri. 5Sikap kamu hendaklah seperti sikap Kristus Yesus:
6Sebenarnya Dia ilahi,
tetapi Dia tidak menganggap keadaan-Nya yang ilahi harus dipertahankan-Nya.#Ayat 6b dapat diterjemahkan: tetapi Dia tidak menganggap Dia harus berusaha menjadi sama dengan Allah.
7Sebaliknya, Dia rela melepaskan segala-galanya,
lalu menjadi seperti seorang hamba.
Dia datang sebagai manusia,
dan hidup seperti manusia.
8Dia merendahkan diri dan hidup dengan taat kepada Allah sehingga mati -
iaitu mati di atas salib.
9Itulah sebabnya Allah meninggikan Dia setinggi-tingginya,
dan mengurniai Dia kedudukan yang lebih tinggi daripada semua kedudukan yang lain.
10Oleh itu, untuk menghormati Yesus, semua makhluk di syurga,
dan di bumi, dan di bawah bumi#di bawah bumi: Menurut anggapan pada masa itu orang mati berada di tempat gelap di bawah bumi. akan sujud menyembah Dia.
11 #
Yes 45.23
Mereka semua akan mengaku bahawa Yesus Kristus ialah Tuhan;
dengan demikian Allah Bapa dimuliakan.
Bersinar sebagai Cahaya di Dunia
12Oleh itu, saudara-saudaraku yang tercinta, sebagaimana kamu sentiasa taat kepadaku ketika aku bersama-sama kamu, lebih mustahak lagi kamu taat kepadaku sekarang ini ketika kita berjauhan. Allah sudah menyelamatkan kamu, oleh itu kamu harus terus berusaha untuk menyempurnakan kesejahteraan kamu. Lakukanlah hal itu dengan penuh hormat kepada Allah, 13kerana Allah sentiasa bekerja di kalangan kamu untuk membuat kamu mahu dan sanggup melakukan apa yang dikehendaki-Nya.
14Lakukanlah segala sesuatu tanpa bersungut-sungut atau bertengkar. 15-16#Ul 32.5 Dengan demikian kamu menunjukkan ketulusan dan kemurnian sebagai anak-anak Allah yang tidak bercela, yang hidup di kalangan orang jahat dan berdosa. Ketika kamu menyampaikan berita yang memberikan hidup yang sejati, kamu harus bersinar antara mereka seperti bintang menerangi langit. Jika kamu berbuat demikian, aku mempunyai alasan untuk berbangga dengan kamu pada Hari Kristus datang kembali. Hal itu membuktikan bahawa segala usaha dan jerih payahku tidak sia-sia.
17Mungkin aku akan dibunuh dan darahku menjadi seperti persembahan yang dicurahkan di atas korban yang kamu persembahkan kepada Allah, sebagai tanda bahawa kamu percaya kepada-Nya. Jika demikian, aku bersyukur dan bersukacita dengan kamu semua. 18Begitu juga kamu harus bersukacita kerana apa yang akan berlaku dan turut bergembira denganku.
Timotius dan Epafroditus
19Aku berharap bahawa dengan pertolongan Tuhan Yesus, aku dapat segera mengutus Timotius kepada kamu, supaya berita tentang kamu boleh menenteramkan hatiku. 20Timotius satu-satunya orang yang sehati denganku, dan dia benar-benar mengambil berat tentang kamu. 21Semua orang lain sibuk mengurus kepentingan sendiri dan bukan kepentingan Yesus Kristus. 22Kamu sendiri tahu bahawa Timotius sudah membuktikan betapa baik keperibadiannya. Aku dan Timotius sama seperti bapa dengan anak, yang sudah bekerja bersama-sama untuk menyebarkan Berita Baik. 23Oleh itu aku bercadang mengutus dia kepada kamu, sebaik sahaja aku mengetahui apa yang akan berlaku kepadaku. 24Aku berharap bahawa dengan pertolongan Tuhan, aku sendiri akan dapat mengunjungi kamu tidak lama lagi.
25Aku merasa perlu menyuruh Epafroditus, yang kamu utus untuk menolong aku, kembali kepada kamu. Dia sudah bekerja dan berjuang dengan aku untuk mempertahankan Berita Baik. 26Dia sangat ingin berjumpa dengan kamu semua, dan dia susah hati kerana kamu sudah mendengar bahawa dia sakit. 27Memang benar dia sakit dan hampir meninggal. Tetapi Allah mengasihani dia, dan bukan dia sahaja tetapi aku juga, supaya aku tidak bertambah sedih. 28Itulah sebabnya aku semakin ingin menyuruh dia kembali kepada kamu, supaya kamu bergembira semula apabila berjumpa dengan dia, dan kesedihanku pun akan hilang. 29Oleh itu sambutlah dia dengan penuh kegembiraan sebagai seorang saudara seiman. Hormatilah semua orang yang seperti dia, 30kerana dia sudah mempertaruhkan nyawa dan hampir meninggal untuk kepentingan pekerjaan Kristus. Dia berbuat demikian untuk memberi aku pertolongan yang tidak dapat kamu berikan.
Currently Selected:
:
Highlight
Copy
Compare
Share
Want to have your highlights saved across all your devices? Sign up or sign in
Today's Malay Version with Deuterocanonicals © The Bible Society of Malaysia, 1996.